Tuesday, November 29, 2011

SAY NO TO FACEBOOK ! ! :p



GOOD BYE 



WELCOME

Berazam tak nak bukak MUKABUKU selama 2 hari ( pheeww 2 hari jer?? kenapa bukan sebulan, setahun or deactivated terus je account tu! )

Azam ni penting untuk aku sebab aku target nak siapkan FYP dalam mase dua hari tu. So, mulai sekarang, kalau ade pape hal or nak contact me, sile laa msg dekat phone or wait after 2 days ^__^

Hope MISSION aku berjaya!


Tatatititutu~~

Sunday, November 27, 2011

BOLA SEPAK MALAYSIA VS BAHRAIN 2-3





Assalamualaikum.. 

Baru je selesai menonton bola sepak kelayak Olimpik London 2012. 

Malaysia lawan Bahrain. 

Keputusan Malaysia-2, Bahrain-3. 

Kecewa memang kecewa.. Dah elok-elok Malaysia leading 2-0 tup-tup Bahrain golkan 3 gol dalam masa 6 minit! Speechless aku. 

Dua pengajaran yang aku dapat semasa aku tonton bola ni 

1) Jangan mudah berasa selesa dengan keadaan yang dah kita capai sekarang.

Macam pemain Malaysia laa, maybe dorang rasa dua gol dah cukup baik dan selamat untuk dorang. Defend pon tak fully denfend. Ade je banyak bola yang bolos..


2) Jangan mudah putus asa! 

Aku salute dengan pemain Bahrain. Even dorang main dengan 10 orang pemain jer, tapi dorang still tak patah semangat. Dorang boleh kejar dalam masa kurang daripada 6 minit dapat 3 gol. Memang dorang dah buktikan dorang layak untuk mara ke peringkat seterusnya. 


.............................................................................................

Bagi aku, jalan untuk Malaysia ke Olimpik masih jauh. Bukan aku tak menyokong team Harimau Muda tapi aku rasa persediaan daripada segi mental dan fizikal masih belum cukup. So, dorang kena work hard untuk next time. InsyaAllah suatu hari nanti team bola sepak Malaysia bakal menyinar di persada dunia. 

Congrats aku ucapkan kepada Nazmi Faiz Mansor dan Mahali Jasuli atas gol yang dijaringkan.. 


p/s: apepon aku tetap sokong Harimau Muda Malaya ! Auuummmm



"Jika tak mampu menyokong ketika kalah, usah bersorak ketika menang"


BERAPA UMUR KORANG DALAM TAHUN HIJRAH??

 Assalamualaikum..

Hari ni alhamdulillah aku masih berada dalam nikmat Allah yang memberikan aku kesempatan untuk hidup dan bernafas di bumi Allah yang luas ini. Syukur aku panjatkan ke hadrat Allah yang maha Esa kerana diberi nikmat iman dan Islam. Aku berdoa supaya sentiasa dipandu ke jalan yang lurus Allah Rabbul Izzati..

Bertepatan dengan hari ini, kita umat Islam menyambut Tahun Baru dalam perkiraan tahun Hijrah. Masih belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkan salam Ma'al Hijrah kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.

Tadi, masa tengah khusyuk buat assignment, tetiba jer aku terfikir agak-agak berapa la umur aku kalau ikut kalendar Hijrah? Selama ni aku hanya tau umur aku ikut kalendar Masihi je. Maka, disebabkan faktor inquiry yang sangat tinggi, aku pon bukak lah encik google dan mula godek-godek apa yang patut. Last-last jumpa jugak aku dengan tujuan aku tu.

Korang nak tau tak?? Ok, yang tanak tau tu sile bawak mouse anda and click button X kat sebelah kanan tu.. Hahaha aku lawak je laa..

Cara dia senang sangat-sangat laa.. Korang pegi dekat IslamiCity (ce klik ce klikk). Pastu, korang just isi la ruang-ruang kosong yang dia sediakan tu. Paham tak? Kalau tak paham, korang refer je gamba kat bawah ni.

Ni contoh aku nye tau.. Alamakkk kantoi laa umo sebenar aku! Tapi takpe, mane la tau ade yang baik hati ingat aku punye besday n nak bagi hadiah.. Sape tau kan?? hikhikhik

Ni sebelum korang masukkan tarikh lahir korang.. 



Ni after isi birthday aku


Kalau ikut kalendar Hijrah, tarikh lahir aku jatuh pada 12 Jamadil Awal 1408 bersamaan dengan hari Jumaat. Alhamdulillah, aku lahir hari Jumaat la kan.. Penghulu segala hari.

Sekarang dah 1433 Hijrah dah. U know what?? I'm 25 years old now!! Alamak alapak.. Tua rupanya aku kalau ikut tahun Hijrah.. Kalau ikut Masihi, aku baru je 23.. Hahahaha mude lagi laa an..

So, mana 1 aku nak ikut ni?? 23 ke 25? Confuse sket.. Kalau 23, rase mude sket.. Kalau 25, nampak cam matang plak! Hahaha Ayoyoyo..  Mana-mana pon boleh laa..

Ape lagi korang, cepat try. Nanti jangan lupe share bape umur korang k.. Interesting tau mende nih.. Haruss cuba.


Ok, Selamat Mencuba

Friday, November 25, 2011

MAKIN NAK GRAD, MAKIN SIBUK ! !


Assalamualaikum..

Kaifa haluk? Alhamdulillah, ana bi khair.. Rindunya nak cakap arab. Dah lama aku tinggalkan bahasa ahli syurga ni. Sejak aku tinggalkan bumi wakaf SMKAP, sejak tu laa aku dah tak bercakap Arab. Mesti dah banyak yang aku lupa. Kata orang, ilmu tanpa amal umpama pohon tak berbuah. Memang! Aku setuju. Nak menyesal pon dah takde guna. Apa pun, aku percaya, semua yang berlaku dekat aku ada hikmahnya. Aku rasa macam nak belajar balik bahasa arab tu. Tapi aku tak tau bila aku ada kesempatan tu. InsyaAllah, kalau diizinkan Allah S.W.T

Tadi alhamdulillah aku dah dapat sekolah yang aku nakg praktikal sem depan. Urusan yang sepatutnya aku selesaikan sebelum ni lagi. Tapi sebab banyak hal yang nak settlekan, aku dan member aku terpaksa mintak kebenaran bagi nama sekolah tu lewat sikit. Nasib baik la lecturer aku tu memang sorang yang memahami. 

Aku pilih sekolah SMK Cheras! Aku dah g jumpa PK HEM sekolah tu dan syukur, pihak sekolah takde halangan untuk terima aku dan membe aku kat situ. Eksaited bila dengar cikgu tu cerita macam2 tentang sekolah tu. Semuanya bagus2 belaka. Macam-macam perkara yang best ade kat sekolah tu. Dalam eksaited tu ade la terselit sedikit perasaan cuak sebab daripada cerita yang aku dengar, kaunselor2 kat sekolah tu semuanya bagus2 dan cemerlang! Mak oii.. NEBESS cek!!

Aku cuba positifkan diri , kumpul kekuatan untuk hadapi semua ni. Aku percaya aku boleh buat yang terbaik. Mungkin ni satu platform untuk aku belajar daripada kaunselor-kaunselor yang berpengalaman dekat situ. 

Ok cukup pasal praktikal, 1 benda dah settle.

BUT 

A lot of work still waiting ! Still pending ! Perlu aku selesaikan dalam masa terdekat nih.. Kadang-kadang, aku rasa macam demotivated sangat! Rasa down dengan urusan-urusan yang tak pernah selesai. Kerja yang bertimbun-timbun. Sampaikan kadang-kadang tu, bilik pon aku tak sempat nak kemas. 

Aku rasa sem ni aku sangat S.E.R.A.B.A.I. ! !




See.. Meja aku pon tak berkemas!


Serabut sekarang hanya Allah je yang tau. 


T_____T

Aku rindukan masa-masa lapangku dulu !



Tuesday, November 22, 2011

ESOK CUTI !! HOOORAAYYY ~~




Ermmm jangan marah k. Entry ni bukan nak bagitau esok cuti. Tapi nak melahirkan perasaan kalau lah esok cuti! Bola dah menang kan. Puas hatiku bila Indon kalah..hahahahhaha (kejam sioot aku.. ahhh whatever laa)

Xde cuti ke esok? Team Harimau Malaya da berjaya tumpaskan Garuda. Sasaran 60 pingat emas untuk sukan SEA kali ni dah tercapai. Kemmon laa. Our beloved PM (masa ni baru nak sayang2 kan? bodek semata!) kasik laa cuti. Aku yakin, majoriti rakyat M'sia akan gembira sekiranya pengumuman cuti dibuat. 

plisss... plisss mau cuti! (esaimen tak siap lg.. Kalau esok cuti, lega laa sebab tak payah antar lagi esok!  hehe)

Apepon, tahniah skuad Harimau Malaya. Korang semua memang osseemmm laa. Tetiba je jatuh cinta dengan Khairul Fahmi Che Mat (@_@)

Harap-harap esok cuti. Nak celebrate kemenangan M'sia la kan...........


Sunday, November 20, 2011

MALAYSIA KE FINAL LAWAN INDONESIA ! ! (~_^)

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, akhirnya team bola sepak Malaysia layak ke final! Berkat usaha pemain-pemain negara dan juga doa rakyat Malaysia akhirnya Myanmar berjaya ditundukkan. Walaupon menang 1-0 jer, tapi MENANG kan! hahaha abaikan mulut-mulut yang tak puas hati dengan kemenangan SKUAD HARIMAU MALAYA tu.

Aku rasa macam tak bernafas je tengok dorang main petang tadi. Kedua-dua pasukan nak menang kan. Masing-masing berusaha sehabis baik. Ternyata tuah menyebelahi negara kita. 

Kepada skuad Myanmar, usaha lagi next time k.. :)

Tak sabar nak tengok final nanti. 


MALAYSIA 

lwn 



INDONESIA 




Oke, aku akan free kan masa aku Isnin ni. Nak pegi tengok live kat sane, tak mampu la kan. Tiket flight pon dah mahal. Tapi kalau ade yang baik hati nak sponsor tu, dialu-alukan. hee~~

Dup dap dup dap dup dap ! 

Agak-agak sape menang? 

..............................................

Jawapan aku MESTI la MALAYSIA !! (MALAYSIA BOLEH !!)


Ape pon , kite tengok keputusan nanti camne!


p/s : kesian Ong Kim Swee tengok anak didik dia main dari luar padang je. Memang saje je kan psiko team Malaysia. 



Friday, November 18, 2011

MASA IBARAT PEDANG... BETUL KER?

Assalamualaikum readers.. Ade ke yg bace blog aku nih?? Ntah-ntah syok sendiri jer! =,=

Betul ke masa tu ibarat pedang? Mak aii, PEDANG tu. Apesal bukan pisau ke, keris ke, gunting ker, jarum ke.. Tapi kenapa pedang jadi pilihan.. Ermmm let me think. 

sumber : encik google

Kalau kite tengok daripada segi sifat pedang tu sendiri, pedang kan tajam sama jer cam pisau, gunting, dan jarum tu. Bezanya pedang dengan lain-lain tu ape eik? Bagi aku, 1st aku imagine pasal pedang of kos la ketajaman dia. But second things adalah kegerunan bile melihat pedang tu sendiri. Panjang dan tajam kot! 
Daripada situ laa agaknya keluar perumpamaan cam tu. Aku agak je la. Tak sure betul ke tak. 

Aku sebenarnya lebih suka kalau guna perumpamaan MASA IBARAT EMAS !

Tau sebab ape? Sebab aku suke dengan perkataan emas tu. Emas ni lambang kekayaan. Pastu harga emas makin hari makin mahal. Maksudnya emas ni tak luput dek zaman. Compare dengan pedang, aku rasa istilah emas lagi ok kot. Sebab pedang tu buat orang gerun je. Cam kejam sangat. Nak membunuh ke ape? >,<

So, depends la dekat korang mana 1 yang korang lagi prefer. Aku konpem- konfem la pilih masa ibarat emas. Lain orang lain pendapat kan..

Motif aku buat entry pasal masa ibarat emas laa, masa ibarat pedang ni?

Hehehe (^_____^)

Aku sekarang tengah sibuk. Kerja dan tugasan yang perlu aku selesaikan bertimbun woo. Dateline makin dekat. Aku masih terkial-kial nak settlekan semua kerja tu. 

Thats why laa terkeluar pasal masa ni.. Masa aku rasa seperti makin mencemburui aku. 

Adehh.. Aku rasa dah ting tong ni. Mata dah berpinar-pinar sudah. Mana taknya, jam skang tepat 4.45am dh!

Makin aku taip, makin tak paham aku dengan ape yang aku tulis. Ape aku mengarut ni??

Bosan la korang bace kan. Kesian korang an. Nasib laa! haha

Ok lah, bebel aku ni sampai sudah tak abes. Better aku stop kat sini.


p/s : Doakan semoga urusan aku dipermudahkan-Nya. 


Wednesday, November 9, 2011

WORDLESS WEDNESDAY (1)



T____T 

Friday, November 4, 2011

TRUTH @_@

Wednesday, November 2, 2011

SPSS-ing



my FYP progress >..<
# key in data
# analyse data
# siapkan chapter 4, 5 & 6
# submit next week

 bueekk!! MUNTAH laa aku


T__T