Monday, April 27, 2015

AVENGERS : AGE OF ULTRON WITH BFF


Assalamualaikum...

Last weekend aku jumpa sorang makcik yang dah agak lama aku tak jumpa. Plan untuk jumpa sebenarnya. Kebetulan aku lepas balik dari bawak pelajar untuk pesta pantun, so aku stay di sibu 2 malam. Hari Jumaat bertolak dari Daro dan sampai je sibu terus check in hotel. Kitorang stay dekat Plaza Inn disebabkan dekat dengan wisma sanyan. Nanti nak shopping senang sikit. Hehehe

Sebelum aku cerita pasal makcik tu, aku nak selit sket cerita aku dengan budak2 pantun tu. Kan dah kalah, masa di sibu lah time untuk dorang enjoy merawat kelukaan hati memasing. Dipendekkan cerita dorang cakap nak tengok muvie. Nak tengok cerita Furious7 katanyer. Aku cakap cerita tu best la sebab aku dah tengok via online. Cari kat internet je beb. Tak menyempat nak tunggu keluar sibu dah bile tengok review furious7 tu aku terus search kat internet. Terjumpa la pulak. Rezeki la kan. hahah



Time nak membeli tiket tu, ade 2 pilihan, satu furious7 and another one lagi avengers. Avengers baru release 3 hari so, memang menarik perhatian la untuk ditonton memandangkan siri lepas pon superb. Kali ni pon aku agak mesti lagi superb!. Last2 lepas tanya budak2 tu, dorang cakap nak tengok furious7. Herrmmm apa boleh buat, mengalah la wei. Tengok lah sekali lagi furious7 tu. Even tengok kali kedua pon, aku masih sedih dengan part last ceta tu. Meruntun hati betol dengan perhubungan kekeluargaan dorang. I will miss u Paul. Huhuh sedih sobss sobss sobssss

Keesokan harinya, dorang dah checkout sebab dah nak masuk song. Aku decide stay lagi kat sibu untuk tunggu ngedate dengan makcik senah. Lebih kurang pukul 10 pagi camtu, sampai la cik senah ambil aku di hotel. Pegi makan dulu pastu terus shoot beli tiket untuk misi Avengers yang tertundaa hajat semalam. Yeaayyy aku suka! Dapat jugak tengok ceta tu walaupon nak beli tiket tu kena beratur panjang. Ramai la pulak orang almaklum la ceta panas2 lagi kan.



gigih aku ambik gamba dalam gelap. semata2 nak show off anak sedara aku. kuangkuangkuang


gambar mase study di upm. muda remaja giteww


after 2 years keje. makin muda jelita kann?? hahaha


Overall avengers kali ni memang superb! Tak sia-sia aku keluarkan duit untuk tengok ceta ni. Best baqhang! Kekdahnya lepas balik dari tengok avengers tu, terus aku tengok balik avengers 2012 n semua series Iron Man. Tony Stark punya pasai lah ni. hahaha

So, korang ape tunggu lagi, cepat la g tengok avengers terbaru ni. Aku bagi 5 bintang!!

kbai


Friday, April 24, 2015

SELAMAT TINGGAL MATU, DARO


Bismillahirrahmanirrahim..

Saat aku menulis ini, hatiku dalam keadaan rawan. Sebabnya?
Oh lupa pula nak bagitau tujuan sebenar aku datang ke daro ni adalah sebagai guru pengiring pasukan pantun sekolah menengah peringkat negeri sarawak. Pasukan pantun sekolah aku terpilih mewakili negeri untuk bahagian kapit. Aku ditugaskan jadi guru pengiring kepada 5 puteri smk song. Cikgu 3 orang termasuk aku. Sorang pengurus pasukan a.k.a juruletih, sorang lagi sebagai hakim.

Kenapa hatiku rawan? Sebabnya pasukan smk song (kapit) dah kalah di tangan smk saratok (betong) di peringkat separuh akhir. Pasukan kami mendapat tempat ketiga peringkat negeri. Kira ok la kan dapat tempat ketiga. Peringkat negeri tu woi! Tapi tak bermaksud tak bersyukur dengan pencapaian pasukan kami. Tapi ada sesuatu yang diralatkan.  Bukanlah aku berduka disebabkan tidak dapat ke final. Ada sesuatu yang aku rasakan tak kena sepanjang perlawanan tu. Dari awal lagi sebenarnya.

Kenapa? Korang nilai la sendiri dengan post kawan aku merangkap juruletih pasukan kami.



So apa pendapat korang? Hermmm

 persis puteri kayangan kan? 

Apapon, aku berbangga dengan prestasi dan komitmen puteri2 smk song ini.
Tahniah. Korang tetap menang dihati cikgu dan dihati penonton. Mungkin pentas ini bukan tahap kamu. Pasukan lain gentar untuk berhadapan dengan kamu. Kehadiran kamu memberi impak yang besar hingga disebut2 dalam kalangan hakim dan pasukan lain. Buktinya, ramai yang  datang menyaksikan perlawanan separuh akhir semalam. U go girls!


Last2 kami ambil keputusan untuk balik awal. Patutnya kena tunggu petang ni untuk majlis penutup yang dibuat di smk matu, daro untuk ambil hadiah tempat ketiga. Tapi kesedihan dihati membuatkan kami nekad sahaja untuk pulang. Biarlah kami bawa duka di hati ni. Tak jejak kaki ke matu pon sebenarnya. Hahaha

Makanya, pukul 5.30 pagi tadi dah checkout dari hotel dan terus jalan ke wharf untuk naik bot ekspres paling awal jam 6.00 pagi untuk ke sibu.



Haa nampak dak suasana gelap gelita lagi. Semangat budak2 nak balik dan nak enjoy di sibu katanya! Cikgu pon dah takzabar nak tinggalkan daro ni.

Demikianlah pengakhiran memori di daerah daro bahagian mukah negeri sarawak.

Kalau ada sumur di ladang,
boleh hamba menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
moga kita ketemu lagi.


P/s : sekarang aku tengah bersuka ria berlibur di sibu. Hohohoho
Kejap lagi plan nak g tengok muvie avengers: age of ultron. tengok review fans marvels cam best jer. kbai


Thursday, April 23, 2015

Daro, Sarawak ~part 2~

Assalamualaikum uols.

Apa khabar? Dah makan? Mesti dah makan kan.. Aku makan dah tapi brunch sajo. Sebabnya bizi dengan pertandingan pantun. Makan bihun goreng je. taknak makan berat2 sangat Sebab petang ni ada lg satu perlawanan pantun pukul 3 petang jap lagi. Kang makan berat2 sangat tak dapat berfikir plak pemantun2 ni hah.

Ekceli tujuan aku datang daro ni sebab pantun ni lah.  Aku ditugaskan  utk bawak pelajar sekolah aku untuk pertandingan pantun peringkat negeri sarawak. Tahun ni buat di bahagian mukah daerah daro. So sebagai guru yang dedikasi, aku iku je la arahan sebab saya yang menurut perintah kann..

Team pantun sekolah aku terpilih mewakili bahagian kapit kali ni.
Pertandingan bermula 21hb April lg. Sekarang masuk hari kedua. So far prestasi team pantun sekolah aku ni memberangsangkan.

Pusingan awal semalam bertemu sibu. Alhamdulillah keputusan menyebelahi kapit dan melayakkan diri ke suku akhir keesokan hari.

Seawal jam 8 pagi tadi kitorg dah gerak dari hotel ke smk normah daro Sbg vanue pertandingan. perlawanan antara kapit vs kuching yg diwakili oleh kolej abg abdillah. Sekali lagi syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi apabila smk song, kapit diisytihar sebagai pemenang utk perlawanan itu.

Sekarang aku tengah dupdapdupdap tunggu next perlawanan kejap je lagi. Antara kapit menentang betong. Doakan okeh.

Ok nanti sambung lagi. Bye!

Wednesday, April 22, 2015

TUGAS RASMI DI DARO, SARAWAK ~PART 1~

Bismillahirrahmanirrahim..

Masa yang lapang ni baik manfaatkan utk update blog. Lagipon dah lama tinggal blog ni bersawang dan sunyi. Actually dah lupa dengan kewujudan blog ni. Serius wei memang dah tak ingat mebi disebabkan kekangan masa dan perubahan dalam hidup. Ye la dah move on ke fasa seterusnya. Kalau dulu student life, skrg dah beralih ke fasa pekerjaan kann. Hihi wanita bekerjaya gitu. Hahaha


bila baca balik entry2 yang lama2 tu, terbuai dgn kenangan2 lama. Rasa manis sangat kenangan tu walaupon time tulis tu kenangan pahit. Makanya aku bertekad untuk mula menulis kembali di sini. Sekurang2nya dapat abadikan kenangan tu utk tatapan masa depan. Giteww. Tapi sejauh mana aktif update entry tak dapat dipastikan lagi lah. Tengok masa-masa senggang baru la boleh berkarya. ^_^

Berbalik kepada tajuk asal, aku sekarang ni dekat daro. Satu daerah kecil di negeri sarawak. Nak tau lebih lanjut baca maklumat kt bawah ni ha.

Daro ialah sebuah daerah dan pekan diBahagian MukahSarawak, Malaysia. Majoriti penduduk Daro yang berjumlah sekitar 25,000 orang terdiri daripada kaum Melanau.
Mengikut ceritanya nama Daro berasal dari "Dao Aro" yang bermaksud "Bagus Ke" menjadi singkatan Daro. Kini pekan Daro pesat membangun dengan terbinanya pasar-pasar baru dan beberapa buah hotel. Daro terdiri daripada beberapa buah kampung seperti kampung Saai, kampung Penipah, kampung Bruit dan kampung Nangar. Bumi Daro yang luas membahagikan Daro kepada dua bahagian utama iaitu di bahagian tanah besar dan bahagian pulau yang dikenali sebagai Pulau Bruit. Kini Daro begitu pesat membangun dengan infrastruktur yang begitu mendadak pertumbuhannya. Pekerjaan utama penduduk di Daro ialah pertanian dan nelayan.
Penduduk Daro dikenali dengan sikap ramah mesra, bersopan, serta mengekalkan budaya hidup sekampung yang membawa maksud hidup sepakat. Di jeti Daro, replika ikan terubuk melambangkan ikan yang popular di Daro. Daro juga mempunyai sebuah sekolah yang unik di Malaysia yang mana SK Campuran Daro mempunyai dua aliran pelajar iaitu aliran Bahasa Melayu dan aliran Bahasa Cina tetapi di bawah satu bumbung sekolah dan di bawah satu pentadbiran. [Sumber : wikipedia]

Ha, menarik kan pekan daro ni? Nak sampai ke daro ni ada dua cara. Satu, melalui jalan darat. Route dia aku tak sure la pulak. Korang gugel lah sebab aku malas nak cari info tu. Tau sket2 tapi nak share kat sini kang ade yg tak betul lak info aku bg nanti. Yang pasti kalau guna jalan darat ambik masa 4 jam camtu untuk sampai kalau dari sibu. Itu pon bergantung kepada masa feri yang akan korang guna nanti. Untuk pengetahuan korang, kalau guna jalan darat, korang kena naik feri untuk merentas dua sungai. Satu sungai kecik je dan satu lagi sungai tu besar wei. So kena pandai2 bajet timing lah untuk sama dengan feri tu. Kalau tak, masak la jugak korang nak menunggu feri tu. 

Ok, cara kedua adalah menggunakan bot ekspres dari sibu terus sampai ke daro. Masa perjalanan 2 jam je. Tambang bot ekspres plak RM 20 je untuk satu hala. Kiranya dok dalam bot ekspres 2 jam and korang akan terus sampai ke pekan daro tu. 

Setelah ditimbang tara kedua2 alternatif jalan tu, aku prefer untuk naik bot disebabkan masa dan kos perjalanan yg lagi singkat. Terus sampai tak payah tunggu2 feri lagi.


 Bot ekspres dia kecik sikit berbanding  bot ekspres yang aku selalu naik untuk masuk ke song. 

Aku naik bot dari sibu pukul 11.30 a.m. Sampai daro tepat jam 1.30 ptg. Cun2 2 jam dalam bot ekspres. 

Sampai je daro, terus check in hotel. Eng Soon Lee Hotel. So far ok la hotel ni. Selesa dan murah. Yang penting dekat dengan wharf. Depan waterfront daro je. Ko jalan kaki  pun tak sempat berpeluh, tengok2  dah sampai hotel tu. 

Kata owner hotel ni, hotel ni paling tinggi bangunan dia di pekan daro ni. haha aku iye kan jelah. 

Pekan daro ni kecik je sebenarnya. Walaupon kecil, aku rasa kemudahan asas semua lengkap. Ade kedai runcit, bank, kedai makan, kedai motor/kereta dll. Mencukupi ler kiranya. 

Tapi satu je yang takbest. Rata2 kedai kat sini pukul 6 ptg dah tutup. So sunyi sepi ler. Kalau lapar malam2 jangan risau sebab ada open air yang dibuka sebelah malam. Tak jauh dari pasar jugak la. Dan makanan halal kat sini mudah je dapat sebab majoriti penduduk di sini beragama Islam. Bab makanan takde masalah. Kira ok la kan. 

Ok penat dah bebel, layan gamba lah ye. Serba sikit panorama di sekitar pekan daro ni. Zasss

 Wharf daro





camne, meriah ke idok pekan daro ni? 

ok lah, sambung lagi nanti. 
adioz!

Sunday, April 19, 2015

IM BACK !!

Assalamualaikum wbkh..

Hai semua. Apa khabar? Rindunya dgn korang. Maaf sebab lama tak update blog. Bertahun tinggal berhabuk bersawang dah.

Banyak benda yg dah berubah sepanjang tempoh masa tu. Aku sekarang dah bekerja jauh di sarawak. Hampir 2 tahun berkhidmat kpd anak bangsa di kawasan pedalaman sini. Jauh dari kesibukan kota, ditemani kehijauan alam semulajadi yang masih belum tercemar. Alhamdulillah, aku bersyukur walaupon dalam serba kekurangan, tapi masih mencukupi dan memadai bagi diriku. Syukur atas segala nikmat yang Allah berikan kpdku.


Nanti lah aku cerita lebih lanjut lagi pasal kehidupan aku sekarang. Banyak sangat nak cerita ni. Tapi taktau nak mula mana satu. InsyaAllah lepas ni aku update ye.


Ok, tu je setakat ni. Kemahiran mengarang aku dah tumpul. Ambik masa nak asah balik. So, till meet again.