Wednesday, May 6, 2015

Trip ke Kuching, Sarawak 3D3N


Assalamualaikum wbkh..

Cuti sekolah bulan Mac lepas aku pergi bercuti di Kuching. kahkahkah basi dh cerita ni. tapi dari terperam dalam draf ja, baik la aku publish je. alang2 dah kan kan. :D
Sejak aku posting di Sarawak, ni merupakan first time aku backpacking di negeri ini. Dah lama aku berhasrat untuk sampai ke Kuching tapi memandangkan masa dan beberapa kekangan lain membuatkan aku tangguhkan dulu hasrat aku untuk mengenali bandaraya Kuching tu.



Hari 1 : 17 Mac 2015 [Selasa]

Seawal jam 7.00 pagi aku dah keluar dari rumah untuk ke Wharf Song. Awal-awal dah suruh uncle van datang ambik sebab nak naik bot ekspres jam 7.15pagi. Beli tiket bot ekspres ke Sibu RM 25.00 dan 2 jam selepas tu aku selamat sampai ke bandar sibu. Sampai je sana terus cari kedai makan sebab dah lapar kan. Makan sarapan di bangunan Mara betul-betul depan pasar Sibu. Aku suka makan dekat situ sebab di situ ada nasi campur dan yang penting halal. Susah jugak nak cari tempat makan yang halal di area sini. Kalau fastfood tu banyak ler. Tapi dah jemu dah dengan fastfood, asal keluar sibu je mesti makan fastfood. Nak juga tekak ni merasa makanan melayu. Kiranya tempat ni jadi tumpuan orang Islam untuk makan di situ. Non muslim pon ade jugak makan di situ.

Lepas dah kenyang, jalan-jalan dulu di sekitar sibu sementara tunggu tengahari sikit untuk ke airport sibu. Flight ke Kuching pukul 6 petang nanti. So banyak lagi masa yang ada.

Petang jam 3 kitorang bertolak ke airport sibu dengan menaiki teksi. Jarak perjalanan dari bandar sibu ke airport dalam 35-45 minit. Sekarang kos teksi dah mahal. RM45 sehala. Nasib baik lah masa tu aku berempat dengan housemate aku dan lagi dua orang tu suami isteri yang juga merupakan cikgu di sekolah aku berkhidmat. Dapat la kongsi duit tambang teksi tu. Kalau sorang, terketar-ketar juga la tangan nak membayarnya.  hihihi

Flight ke Kuching jam 6.30 petang. Aku dapat tiket ke Kuching dengan harga RM49 sehala. Beli time Air Asia buat promo. Murah dan berbaloi dari naik bas yang harganya lebih kurang sama tapi memakan masa 8 jam untuk sampai ke Kuching ditambah dengan keadaan jalan yang tidak begitu memuaskan. Better aku naik flight. Cepat sampai. Giteww

now everyone can fly


senja di ufuk barat


Landed di airport Kuching jam 7.10 petang dan terus ambil teksi untuk ke tempat penginapan di area waterfront kuching. Teksi di kuching bagi aku lebih murah berbanding di sibu. Hanya RM26 je. Murah la kan?


le tourist! hahhaha


Untuk penginapan, aku stay di area Carpenter Street yang hanya bersebelahan dengan waterfront area. Kawasan tu memang kawasan backpackers selalu stay. Aku stay di Tourist Home. Rate bilik yang aku dapat RM65 sehari include bilik mandi, 2 katil single bed, aircond, TV, wifi, mesin basuh, dryer baju. Memang macam rumah sendiri la rasa. Baju boleh basuh dan terus kering. Tu yang best tu. Cuma tandas je shared. Bagi aku ok je tandas kat luar sebab bukannya tiap2 masa nak pegi toilet kan. Aku booking bilik ni melalui booking.com. First time guna apps tu. Kira berbaloi jugak la dapat rate yang murah compare tempat lain yang agak mahal. Kebanyakan bilik di kawasan tu berbentuk dorm. Share dengan orang lain.


Pasal tempat makan, banyak juga tempat makan di area tu tapi aku ragu-ragu nak masuk kedai tu sebab ada jual carlsberg and tempat orang minum-minum. Tapi takpe, jangan risau sebab boleh beli makanan di sepanjang waterfront. Banyak makanan halal dijual di situ. Sedap pon sedap.

Makan pon sudah, badan sudah letih, so tido je lah. Apa tunggu lagi. :)


To be continued......

xoxo



Tuesday, May 5, 2015

REWARD UNTUK DIRI SEMPENA LABOUR DAY 2015


Bismillahirrahmanirrahim... 

1 Mei 2015 merupakan tarikh yang bermakna dalam hidup aku dan juga semua orang yang telah bekerja. Sedar tak sedar, dah dua kali aku meraikan hari buruh. Bermakna dah dua tahun aku berada di alam pekerjaan sebagai seorang guru. 

Memandangkan hari buruh jatuh pada hari jumaat dan diikuti cuti wesak day pada 4 mei, dapatlah aku bercuti banyak hari sikit. 4 hari cuti bermula hari jumaat hingga la hari isnin. 

Cuti empat hari apa yang boleh buat ye?

Jeng.... jeng... jenggg...


Aku pegi sabah! Bole bhaa kalu kau... 

Aku pilih kota kinabalu sebagai destinasi untuk aku bercuti pada kali ini. 

Sebenarnya, kedatangan aku ke sabah bukanlah pertama kali aku jejakkan kaki ke sana. Tapi ni merupakan kali kedua aku datang ke sabah negeri di bawah bayu. 

First time aku datang sabah pada tahun 2010. Masa tu aku dalam tahun ketiga pengajian di UPM. Aku terpilih bersama2 4 orang lagi pelajar untuk mewakili fakulti pengajian pendidikan untuk program guru awalan malaysia 2010. Program yang diadakan oleh KPM kepada bakal2 guru dari universiti awam di malaysia untuk merasai pengalaman sebagai guru di kawasan pedalaman. Sekolah yang aku pergi masa tu adalah SMK Timbua, Ranau dan feeder school di sekitar pedalaman timbua. 

Cukup cerita first time aku ke sabah. 

Next, aku buat comeback ke sabah untuk kali kedua. Aku pilih route kota kinabalu - Kundasang - Ranau - Kundasang -Kota Kinabalu.

Percutian ni sebenarnya aku dah lama rancang memandangkan aku teringin sangat nak jejakkan kaki ke negeri sabah. Teringat2 kenangan 2010. So, awal2 tahun dalam bulan februari aku try search tiket murah untuk ke KK. Nak jadi rezeki aku kot time tu bila aku jumpa tiket mas hanya RM21 je dari sibu ke kk via maswings. Harga tu belom termasuk fuel charge dll tau. Harga total sehala dari sibu ke kk RM80. Murah dah bagi aku sebab direct sibu ke kk. Tak payah ambik flight ke kuching dah. Untuk tiket return aku dapat RM160 semuanya. Tarikh pulak cun2 je kena time cuti hari buruh dan hari wesak. Alhamdulillah rezeki.. 
Aku ajak housemate aku untuk join. So kitorang pegi berdua je.

aku dgn housemate aku. Selfie dgn ATR maswings. Kat borneo je ada. Kecik je pesawat dia. Dari sibu ke KK ambil masa 1 jam 35 minit camtu.


ngeee welcome to KK :)


Lepas ni insya Allah aku akan share perjalanan aku sepanjang berada di sabah. Stay tuned k. Bye!




Monday, May 4, 2015

DEDIKASI UNTUK MY BIG BRO SEMPENA ULANGTAHUN KELAHIRAN

Assalamualaikum..

Apa khabar? Aku alhamdulillah sihat. Cuma agak keletihan sebab baru je sampai rumah selepas bercuti di sabah. Cuti sempena labour day dan wesak day. Empat hari cuti ni aku manfaatkan dengan trip ke sabah. Part bercuti tu aku akan update kemudian. Sabar kayy. Siap dengan budget sekali aku share nanti. Mane tau korang nak plan bercuti ke sabah. Boleh la jadi panduan nanti. Tunggu ye... :)

3 Mei 2015 merupakan birthday abang sulung aku. Abang yang banyak tolong aku selama ni dari aku kecik sampai la aku besaq.

Pagi kelmarin awal-awal pagi lagi aku dah call abang aku untuk wish birthday. Masa tu aku kat atas puncak kundasang. Sambil menikmati keindahan pemandangan puncak gunung kinabalu dan hirup udara yang segar gitew. Fefeeling kat oversea baqhang.

So to bangjat, wish ni dedikasi khas untukmu.

bangjat dan kak ipaq aku.
si kecik tu anak kakak aku yg lg sorang


my hero, my idol, my love, my mentor, my wali. He's my brother. Sejak ayah meninggal tahun 1997, tugas menjaga keluarga tergalas di pundaknya. Beliaulah yang banyak memberi aku sokongan samada dr segi semangat, motivasi dan kewangan. 

Rasanya susah utk aku sampai ke tahap sekarang tanpa beliau. Jangan kata nak masuk Universiti, SPM pon belom tentu mampu utk aku habiskan. Seingat aku, setiap kali aku minta duit utk sekolah dan belanja, tak pernah dihampakan permintaan aku tu. Walau kadang2 aku tau, abg aku ni bukan ade duit sangat pon. Ye lah, kerja pon sebagai tukang rumah kampung saja.  Kalau ade tempahan org suruh buat rumah, ade lah rezekinya. T_T
Tapi alhamdulillah, rezeki Allah tak pernah putus kepada beliau. Berkat berbakti kepada ibu dan adik2 yang merupakan anak yatim barangkali. 


Setiap kali aku nak describe pasal abang aku yg sorg ni, pasti air mata laju je mengalir. Takleh ditahan2. Sebab beliau sabar dengan aku adiknya yang banyak kerenah ni. 


Sekarang, kalau orang tanya apa hasrat aku bila dah capai tahap ni. 2 jawapan aku boleh bagi.
1, aku nak bahagiakan mak dan bagi kesenangan kpd mak sbb tu lah selayaknya mak aku dapat selepas pengorbanan dia membesarkan aku.
2. Aku nak balas budi dan jasa abang aku yg ni. Aku tak kisah berhabis duit utk abg aku yg ni. Sebab apalah sangat yang aku boleh bagi nak dibandingkan dengan perngorbanan beliau selama ni. Beliau lah abang, beliaulah 'ayah' bagi aku. Aku tak kisah apa orang lain nak kata, tapi dah terlalu banyak aku terhutang budi kepadanya. Sungguh, takkan terbalas segala budi yang telah beliau taburkan kepada aku selama ni. Hanya Allah yang mampu memberi ganjaran kepadanya. 


Ok dikesempatan ni, tujuan buat status panjang ni untuk ucapkan SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN buat bang jat. Semoga sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat serta kasih sayang Allah. Bertambah rezeki, bertambah amal selari dengan pertambahan usia. Adik sayang bangjat. Terima kasih untuk segalanya ♥♥


from borneo with ♥
Adikmu.