Thursday, April 26, 2018

SRI LANKA : Negara Underrated Tapi Sangat Berbaloi Untuk Dikunjungi


AMARAN : ENTRY ini panjang. sape nak baca kena bertabah  
Assalamualaikum... 
Hai korang. Kali ni mood rajin datang untuk share perbelanjaan masa pegi Sri Lanka cuti sekolah (11-18 March 2016) . Kitorang pergi berdua jer. Plan asal berempat, tapi lagi 2 orang tak dapat pergi sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. So plan tetap jalan walaupon berdua.

Lets cikidaout berapa total lost untuk trip ni.

Sri Lanka Ladies Trip 11-18 March 2016

Route Colombo – Galle – Ella – Nuwara Eliya – Kandy - Colombo
Flight :
KUL – CMB : RM367.90 (malindo)
CMB – KUL : RM484.00 (airasia)
Visa : USD35
Accommodation :
12/3/16 : Galle Fort Hostel, Galle kos : USD15/pax
13-14/3/16 : Silent Night Homestay, Ella kos : USD48/2pax
15/3/16 : Hill View Inn, Nuwara Eliya kos : LKR2500/2pax
16/3/16 : Hostel Kandy, Kandy kos : USD6/pax
17/3/16 : Lanka Hostel Colombo kos : USD19/2pax
DAY 1
11/3/16 (Jumaat)
10.00 pm Depart KUL – CMB
10.55 pm local time Arrive CMB Airport
* tidur di airport arrival hall
DAY 2
12/3/16 (Sabtu)
5.00 am solat subuh. Kena cari tempat yang lapang untuk solat sebab takde prayer room di area arrival hall. Prayer room just ada dalam area departure hall. Siap solat, jalan kaki ke stesen bas di luar airport.
6.00 am bas gerak ke stesen bas di Pettah, Colombo.
Kos : LKR110/pax
6.50 am minta driver bas berhenti kat Fort Railway Station. Turun dari bas dan naik jejantas untuk seberang jalan ke Fort Station.
Cari kaunter beli tiket 2nd class untuk ke Galle. [train jam 6.50am tapi gerak 7.00 am]
Kos : LKR180/pax
10.30 am sampai Galle Railway Station. Ambil tuk-tuk untuk ke hostel. [untuk ke Galle Fort Hostel dari train station, dekat je. Rate tuktuk memang takkan lebih dari LKR100. Pandai2 la deal minta kurang]
Kos : LKR100
Tuktuk driver, Harsha. Tel no : 0775301145 bagus dan boleh dipercayai orangnya.
10.45 am check in hostel
11.15 am - naik tuktuk dengan Harsha (dah deal siap2 masa sampai tadi) untuk pergi Koggala Beach tengok stilt fishing. Deal untuk dapat harga murah. Mula2 dia minta LKR2000 tapi mana boleh kalau tak minta kurang. Gunakan kepakaran yang ada untuk dapat harga murah. Last2 dapat LKR1500. Kan dah jimat LKR500.
Kos : LKR500/2pax
- Singgah minum air kelapa muda tepi jalan di Habaraduwa. Cantik pantainya.
Kos : LKR50
- Sampai koggala Beach untuk tengok stilt fishing. Pandai2 cari harga murah. Tempat mula2 singgah dorang minta LKR2000 kalau nak bergambar. Gila mahal. Memang tak la kan. Move pegi tempat lain. Harsha deal dapat LKR500. Ada 4 org fisherman dan boleh bergambar @ try stilt fishing.
Kos : LKR500
- Lepas tengok stilt fishing, Harsha bawa pergi temple (tak ingat nama). Just pergi tengok area luar je. Tak masuk pon.
- Masa balik, singgah ambil gambar di Megalle Bridge Mosque.
- Singgah ambil gambar dan berhenti kalau nampak port menarik untuk snap gambar. eg, tengok nelayan baru naik dari laut, fresh fish market tepi pantai.
- Singgah Sarenthukade tapau nasi biriani (Harsha bawa pegi tempat ni sebab muslim area)
Kos : LKR450 (2 orang makan. portion besar)
3.00 pm balik hostel dan rehat
4.30 pm jalan2 Galle Fort
- Fort Wall
- Galle Lighthouse
- Galle Mosque
- Beli FM
- Makan aiskrim kos : LKR450/2pax
- Barefoot
DAY 3
13/3/16 (Ahad)
9.00 am check out hostel
- Jalan2 fort. Ada local ajak singgah minum kat rumah dorang. Ramai muslim kat area fort. Jumpa satu2nya keluarga Melayu Sri Lanka yang ada di Galle Fort. Tuan Noor Abdul Hamid. Jalan lagi ada sorang lecturer gems ajak singgah minum tea. Dia bagi tips kalaunak beli tea, jangan beli di Kandy, Ella or Nuwara Eliya. Mahal katanya. Nak murah, beli di pasaraya. Harga jauh lebih murah berbanding beli direct dari kilang. Tourist attractions katanya.
10.40 am ambil tuktuk untuk ke stesen bas. (stesen bas sebelah train station je)
Kos : LKR100
11.00 am trun tuktuk terus naik bas. Tuktuk berhenti depan bas. Kebetulan bas tu memang nak gerak dah ke Matara (43km)
* kat Sri Lanka ni lagi senang naik bas. Bas memang banyak, sentiasa ada dan pergi ke seluruh destinasi di Sri Lanka. Antara larat dengan tak je.
Kos : LKR62
12.15 pm sampai Matara Bus Station.
- Cari bas ke Bandarawela. (Bas ke Bandarawela setiap 2 jam. Last bas pukul 4 pm camtu.)
- Platform 31/2
- Kena banyak tanya sebab bas dah standby tapi signboard ke Bandarawela takde tulis kat bas tu.
1.20 pm bas gerak dari Matara ke Bandarawela (bas henti-henti tau)
- Perjalanan lebih kurang 5 jam
- Bas akan berhenti bila ada orang naik @ turun
- Make sure naik awal sebab bas akan penuh. Ada yang kena berdiri. Kitorang nasib naik awal. Dapat la seat depan. Kalau tak jenuh la nak kena berdiri 5 jam perjalanan. Tak sanggup oii
- Bas akan berhenti 15-30 minit lepas 2 jam lebih perjalanan untuk rehat [Thanamalwila Central Bus Stand]
Kos : LKR250
6.30 pm sampai Ella. (Ella ni bandar kecil tepi jalan. Bagitau siap2dekat konduktor bas nak turun kat Ella)
- Check in homestay. Homestay tepi jalan je. Masa atas bas tu, nampak homestay tu. Turun bas jalan kaki 3-5 min dah sampai.
- Malam keluar cari makan & makan kat homestay.
- Tidur & rest. Letih oii
DAY 4
14/3/16 (Isnin)
8.30 am jalan2 Ella
- Sewa scooter Kos : LKR1500
- Demodara Nine Arch Bridge
- Pegi Bandarawela Town (12km)
- Bandarawela Mosque
- Tea Factory
- Little Adam’s Peak
- Round2 ladang tea
- Ravana Ella Fall
7.30 pm balik homestay & return scooter
DAY 5
15/3/15 (Selasa)
6.00 am checkout homestay. Kena bayar breakfast LKR1400/2pax . ingatkan free. Rupanya kena bayar.
Kos : LKR1400/2pax
- Jalan kaki ke Ella Railway Station (10 minit)
- Beli tiket 2nd class ke Nanu-Oya Station
6.50 am train ke Nanu-Oya (65km)
- Cantik gila pemandangan sepanjang jalan. Sape tidur rugi.
Kos : LKR110
9.15 am sampai Nanu-Oya Train Station
- Hati-hati dengan scam tuktuk driver. Ada yang minta LKR1000 untuk ke Nuwara Eliya Town. Bila cakap taknak, siap perli2 lagi suruh jalan kaki 8km. cekalkan hati jalan keluar dari station tu. 5 minit jalan, jumpa simpang 3 jalan besar. Nah, kat situ ade je bas 3, 4 buah kat situ. Boleh je naik bas tu. LKR22 je tambang.
- Depan simpang tu ada masjid. Ada restoran muslim. Kitorang makan dulu kat restoran tu.
10.00 am bas gerak dari Nanu-Oya ke Nuwara Eliya (8km)
Kos : LKR22/pax
10.35 am sampai nuwara EliyaBus Station. Ambil tuktuk ke guesthouse.
Kos : LKR100/2pax
Check in guesthouse
1.30 pm sewa scooter di Trout(dari GH dah nampak kedai ni)
Kos : LKR1000/2pax
- Pusing2 Nuwara Eliya
- Tea Plantation
- Gregory Lake
- President House
- Hill Club
- Town
7.30 pm balik GH. Pulang scooter
DAY 6
16/3/16 (Rabu)
7.30 am checkout
7.40 am tunggu bas depan GH untuk ke main station.
Kos : LKR10/pax
7.50 am sampai station bas, cari bas ke kandy.
8.00 am bas bergerak ke Kandy. (bas setiap 1 jam)
Kos : LKR107/pax
10.30 am sampai di Kandy Bus Station
- Jalan kaki ke hostel. (10 minit)
- Check in hostel (hostel ni belakangnya adalah stesen bas)
3.00 pm jalan2 Kandy Town
- Clock Tower
- Market
- Temple of Tooth (UNESCO Site)
- Kandy Lake
- Shopping complex/mall
DAY 7
17/3/16 (khamis)
8.00 am checkout
8.30 am bas ke Colombo. (116km)
Kos : LKR 143/pax
12.30 pm sampai Colombo bus Station
- Ambil tuktuk ke hostel (7km)
Kos : LKR500/2pax
1.30 pm smpai hostel & checkin
5.00 pm jalan2 Colombo
- Naik bas ke Pettah
Kos : LKR10/pax
- Pettah ke Galle Road naik tuktuk
Kos : LKR400/2pax
- Makan biriani di Big Bite Restaurant, Galle Road, Colombo 4
7.00 pm balik hostel.
- Colombo 4 ke Pettah naik bas
Kos : LKR15/pax
- Bas Pettah ke Lumbini School Station
Kos : LKR18/pax
- Lumbini Station ke hostel naik metered tuktuk
Kos : LKR50/2pax
DAY 8
18/3/16 (Jumaat)
10.30 am checkout
- Ambil tuktuk ke Laksala (Souvenir Shop)
Kos : LKR150/2pax
- Dari Laksala ke Galle Road naik metered tuktuk. (makan di Big Bite)
Kos : LKR50/2pax
- Shopping tea di Romafour Galle Road, Colombo 4.
- Lepak di masjid Galle Road. Rehat sementara tunggu petang untuk ke stesen bas Pettah.
5.00 pm gerak dari masjid ke Pettah Bus Station. Ada local sudi tumpangkan naik kereta. Sembang2 kat masjid, dia offer untuk hantar ke stesen bas. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak. Hee
5.45 pm bas ke airport. Highway Express Bus. Aircond dan ambil masa 45 minit.
Kos : LKR350 untuk 2 orang. Kalau sorang LKR200. Dapat diskaun.
9.00 pm solat di area departure. Lepas immigration , ada prayer room.
11.00 pm balik Malaysia. CMB – KUL
5.20 am arrive KLIA2
-----------------------------------THE END -------------------------------------
Perbelanjaan utk 2paxDalam USD = USD 67/2 = USD 33.5
Dalam LKR = LKR 11 100/2 = LKR 5550
Perbelanjaan per individuDalam RM = RM851.90
Dalam LKR = LKR 1087 + LKR 5550 = LKR 6637 ≈ USD 44.54
Dalam USD = USD 56 + USD 33.5 = USD 89.5 + USD 44.54 = USD 134.04 ≈ RM562.97
So total keseluruhan perbelanjaan untuk seorang include tiket flight return
RM851.90 + RM562.97 = RM1414.87
note:
Rate tukaran USD = 4.2
Rate tukar LKR = 149
best baqhang sri lanka.. asyik terkenang2 je scenery kat sana. jom repeat. nak makan big bite tu lagi. sedap oi  

bagi yang bercadang untuk pergi ke sri lanka, bulan April adalah school holiday selama sebulan. jadi masa tu semua harga accomodations & attraction fees akan jadi mahal. dan kawasan tanah tinggi spt nuwara eliya akan penuh dengan orang. ala2 cameron highland time cuti sekolah. crowded dan jammed.
peak season adalah antara oktober hingga december every year. sebab time tu mostly foreigner dr negara winter season akan keluar cari tempat panas.
so, rancang percutian anda dengan baik. sy prefer untuk pergi time low season. hrga hostel akan murah dan tak banyak sgt tourist. hostel dorm tu korg boleh conquer sorg2.

GAMBAR-GAMBAR

Gambar kenang-kenangan bersama satu-satunya keluarga berketurunan Melayu yang ada di Galle Fort. Masih boleh bercakap melayu. 
Kenapa ada orang Melayu kat sini? Korang rujuk balik sejarah Tanah Melayu dulu-dulu kay!

Feeling local. naik bas pikul begpek. murrahh je tambang. 


owner hostel di colombo. Lanka Hostel. 


ini daun teh yang segar dipetik


interview pekerja landasan keretapi di demodara

jumpa kenalan baru. singgah solat di masjid area bambalapitiya sebelum ke airport. sembang-sembang dengan Shihaza dan di offer untuk hantar ke pettah. rezeki jangan ditolak. Alhamdulillah

Tea factory

motosikal yang banyak jasa sepanjang di ella. abes ladang teh kami redah. 
Pastikan pakai sunblock ya!


ni sewa motosikal di nuwara eliya. sangat berbaloi dan boleh pergi mana tempat yg disukai. asal nampak tempat cantik, boleh berhenti. Nuwara eliya kawasan tanak tinggi. Sejuk nyaman je. Tapi jangan lupa pakai sunblock ya. Kang tak pasal balik hitam legam. Saya sudah merasainya 😆

otw nak pegi tengok stilt fishing, kita singgah pekena ayaq nyioq muda dlu. fresh dan yang penting murahh ja. 50 rupee sebijik. view belakang cantik yang amat. ayaq biru hijau tu. subhanallah indahnya ciptaanMu

stilt fishing man in da action. duduk atas kayu sambil pancing ikan. salah satu tarikan yang ada di galle, sri lanka.


men behind stilt fishing



view from top of the hill. we're so lucky to catch an awesome scenery like this. before you go to this place, make sure to check train's time table first. otherwise you will regret later.😊
must visit places in ella. worth every penny you spend. this is The Nine Arches Bridge also called The Bridge in the Sky. it is one of the iconic bridges in Sri Lanka. It is located in Demodara, between Ella and Demodara Railway Stations.

ravanna ella waterfall. kami naik motosikal untuk ke sini. Awas! Monyet banyak kat sini. Tapi pemandangan kat sini sumpah cantik gila. 

summit level. 

pemandangan sepanjang jalan ella ke nuwara eliya


kandy lake

kandy town

naik motor sampai ke sini 👍🏻👍🏻

galle light house and galle mosque. very near to our hostel. recommended for sunset view.

Terlupa Kewujudan Dikau

Assalamualaikum wbkh...

Last posted Mei 2015. Genap tiga tahun aku tak buka blog ni. Kekangan dan komitmen terhadap tugas hakiki membuatkan aku tak sempat dan akhirnya terlupa untuk menjengah dan update blog ni. 

Hari ini dek kerana aku cari info upcoming trip aku untuk hujung tahun nanti membuatkan aku teringat kembali dengan kewujudan blog ni. Maka, disinilah aku kembali menaip. 

Banyak perkara dan moment-moment yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tiga tahun aku tak aktif ber blogging ni. Hobi blogging ni pon saja-saja je dulu untuk isi masa lapang zaman belajar di universiti. 

Tiga tahun yang banyak suka dan duka. Aku akan cuba untuk kembali menulis. Walaupon follower aku sendu. Niat menulis ni pon sebab aku nak abadikan kenangan-kenangan dan perkara-perkara yang berlaku di sepanjang perjalanan hidup aku. Boleh la aku jadikan bahan untuk aku kenang bila dah tua kelak. Jika dipanjangkan umur. In sha Allah.

Ada antara kawan-kawan aku bertanya kenapa aku tak share tentang trip-trip backpacking aku selama ni. Aku malas nak berkongsi sebenarnya. Iyalah, pengalaman tak seberapa kan. Tapi bila difikir-fikir balik, macam rugi pula kalau aku tak tulis di sini. Kalau tak jadi rujukan untuk orang lain sekalipun, biarlah jadi rujukan aku untuk masa-masa akan datang. 

Harapnya aku diberi kekuatan dan KERAJINAN untuk aku kembali menaip. 
Doakan ya!

Assalamualaikum..

xoxo