Thursday, March 31, 2011

blogwalking time~~

hai all..

disebabkan malam nih i rajen sket, makanya i nak melawat rakan2 blogger yang dah lama i xjenguk tu.. ade masa free sket kan.. maaflah kalau kunjungan anda semua tak berbalas.. bukan tanak balas cuma sebelum ni bizi sket.. balas tu balas tapi lambat sket je laa...hee~~


jom terjah blog siapa yang kenaa... layanzzz

lunch yang berbaloi!!

salam semua.. 
haa entry kali ni pasal makan la plak.. sebab nye skang nih aku tengah kenyang.. pastu idea pon xde.. jadi aku nak letak gamba2 je sebab malas nak menaip la kan.. simple! haha 
btw, aku memang malas sket kalau nak mengarang2 nih especially time kekenyangan.. yang terpikir nak tido je kan.. biasa la nak jadi cam ular sawa. asal kenyang je nak melingkar.. tapi aku bukan ular sawa k.. geli seyhh dengan spesies tu..

ni ape yang dah aku lahap tadi.. baru je dalam pukul 11 lebih tadi.. kunun nak makan western la kan..hihihi

ni menu makanan yang aku n kawan2 aku bedal td.. nama punya la gempak..tapi mknn dia pon gempak jugak oke!

ni geng2 yang pelahap yang pegi melahap bersama2 ngn aku tadi..
eksited dia.. 1st time la kan dtg makan kat sini.. slalu dia bajet hotel je kan... hahaha 
hotel la sngt..kuikuikui

kak sal a.k.a kak BIAH.. marah dia japg kat aku.. ampun ye sal.. haha
sebelah dia tu amad.. bising je kojenya.. ;p

ni pulak makanan2 dia.. tadi menu kan.. skng ni kita layan gamba plak..hehe


~~cream of carrot sup~~
sup carrot.. tapi aku lebih prefer mushroom soup dia lagi..sedap!!


ni pulak casuarina roasted chicken.. 
aku, sal n amad bedal ni laa.. cambest kan.. tapi memang best pon..
kena dengan selara aku..

ni pulak makanan si nadia.. nama dia martinique stuffed chicken..
dia ade carrot, pastu sayur ape lagi tah.. yg aku nmpk carrot je sebab kaler dia bley cam kan..yang lain tu dah dicincang2..so xdpt nak detect..hee~~


ni pulak adik aku..hahaha 
tapi sejak bila la aku ade adik?

~air roselle~
~pismo bluebery cupcake~
~hot chocolate~

burrppp... Alhamdulillah.. kenyang! hee

oke la, takat ni dulu ye.. aku nak g jumpe penyelia aku plak..
nak uruskan pasal FYP aku yang progress dia sangat ciput.. hukhukhuk..
k papaii!!

~~SAYONARA~~

Monday, March 28, 2011

Panduan Memilih Jodoh

Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama, bukan sekejap.

Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun.
Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama.
Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.

Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius.


Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.


Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk.


Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com.


Antara yang menarik tulisan berikut:


Hadis Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.


Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadis ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT dan  JELAS.


Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.


Apa Tujuan Berumahtangga?


"Begin with the end in mind", adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.


Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.


Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia.


Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, "aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku.


Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku"


Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia.


Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat?


Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara?


Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.


Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.


Berkahwin kerana kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali.


Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama.


Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.


Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan?


Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.


Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?


Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.


"Maka pilihlah yang memiliki agama... nescaya sejahtera hidupmu", pesan Nabi SAW.


Benar sekali, pilihlah yang beragama.


"Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!", kata seorang pelajar 'bidang bukan agama'.


Penyakit "Tidak Jelas"


Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit "tidak jelas", apabila tiba kepada soal beragama.


Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?


Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?


Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.


Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.


Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?


Sejauh mana gred 'A' yang digarap dalam subjek "PengeTAHUan Agama Islam" menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?


"Yang memiliki agama" itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.


Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan "jenama TAHU agama" tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.


Dia mungkin seorang ustazah.
Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang 'teachable".


Hanya 'Beragama'?


Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.


Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta.


Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.


Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan.


Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri.


Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.


Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama.


Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu.


Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..


Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.


Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh... atas nama berkahwin kerana beragama.




sumber: artikel iluvislam.com

Tuesday, March 22, 2011

minggu yang menyesakkan!! aigooo

to many things to do this week.. hadoiiyaii..


things to do this week..

1) esaimen Dr wan 1-Individu : 20%

2) esaimen Dr wan 2- partner : 20%

3) presentation en yusuf

4) presentation en yusri : byk nak kene wat ni..

5) presentation fyp

6) report jurnal kaunseling

7) report sesi kaunseling

8) sesi simulasi

9)ko pemimpin x 8 sesi...


aigoo HEBAT!!

mana la nak buat? stress..
mudah2an diberi kekuatan laa untuk menepuhi minggu yang bizi nih.. T.T

Thursday, March 17, 2011

berhentilah menjadi gelas.. motivasi dikala dirundung masalah (^__*)

Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya kebelakangan ini selalu nampak murung dan sedih.

"Kenapa kau selalu murung dan sedih nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?" Si Guru bertanya.

"Guru, kebelakangan ini hidup saya penuh dengan masalah. Sukar bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tiada akhirnya" jawab si murid muda.

Si Guru tersenyum. "Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam, Bawalah kemari. Biar ku perbaiki suasana hatimu itu."

Si murid pun beranjak perlahan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa segelas air dan dua gengam garam sebagaimana yang diminta.

"Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu, setelah itu cuba kau minum airnya sedikit" kata Si Guru. 

Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis kerana meminum air yang sangat masin.

"Bagaimana rasanya?" Tanya Si Guru.

"Masin, dan perutku jadi mual," jawab si murid dengan wajah yang masih meringis.

Si Guru tersenyum sekali lagi apabila melihat wajah muridnya yang meringis kemasinan.

"Sekarang kau ikut aku." Si Guru membawa muridnya ke tasik berhampiran tempat mereka. "Ambil garam yang segenggam lagi, dan tebarkan ke tasik"

Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke tasik, tanpa bicara. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya kurang sopan meludah di hadapan gurunya itu, Begitulah fikirnya.

"Sekarang, cuba kau minum air tasik itu," kata Si Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, bersebelahan pinggir tasik.

Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air tasik, dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air tasik yang dingin dan segar mengalir di tekakkannya, 

Si Guru bertanya, "Bagaimana rasanya nak?"

"Segar, segar sekali Guru" kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan tangannya. Tentu saja, tasik ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air tasik ini juga menghilangkan rasa masin yang tersisa di mulutnya.

"Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?"

"Tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Si Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air tasik tersebut sampai sepuas-puasnya.

"Nak," kata Si Guru setelah muridnya selesai minum. "Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadarkan oleh Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap sebegitu, Sebegitu, sebegitulah ia, tidak berkurang, tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah."

Si murid terdiam, mendengarkan.

"Tapi Nak, rasa `masin' dari penderitaan yang dialami itu sangat bergantung dari besarnya 'qalbu'(hati) yang menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak terasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikanlah qalbu dalam dadamu itu sebesar tasik" 



ku cari damai dihati =)

Tuesday, March 8, 2011

ciri-ciri orang yang benar-benar mencintai kamu??!!

salam semua.. dah lama rasanya aku tak bermanja2 dengan blog aku nih.. kisah aku umpama tergantung seketika.. bnyak benda yang aku nak kongsikan dalam blog ni.. namun kekangan masa mmbuatkan aku terpaksa memilih mana yang lebih utama. mudah2an pilihan yang aku buat tu tepat laa.. InsyaAllah.. 

hee sebenarnya, masa aku jalan2 bace blog, terjumpa la satu artikel yang best.. n aku nak kongsikan dgn semua readers yang membaca blog aku ni.. moga2 memberi manfaat..






CIRI-CIRI ORANG YANG BENAR-BENAR MENCINTAI KAMU

1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu, yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti “slmt pagi”,”slmt hari minggu”,”selamat malam” walaupun kamu tidak membalasnya.

6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.

10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.

11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms “good luck” untuk memberikan semangat pada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.

15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.

18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar terutamanya dlm sesuatu subjek yg kamu memang benar2 lemah!

20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar “INBOX” nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.

21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya… dia tetap akan menunggumu.

23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan kerenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

hargailah sementara masih belum terlambat..


indahnya dan beruntungnya diri ini andai kutemui insan sedemikian yang mampu menyintai diriku dengan sepenuh hati.. teeehee (^_*)



 Sayonara !! (^_^)