Friday, May 6, 2011

Sape nak jadik volunteer utk English debate tournament called Great Serdang Debate Championship 2011?

As salam dan salam sejahtera.

Pada 27 hingga 30 Mei 2011, Sekretariat Komunikasi Korporat, Kolej Tun Dr Ismail dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia akan menganjurkan pertandingan debat Bahasa Inggeris yang bertaraf antarabangsa. Setakat ini, penyertaan bagi pertandingan ini telah mencecah hampir 40 pasukan debat dari pelbagai IPTA dan IPTS dalam dan luar negara. Antara yang terlibat adalah MMU, UMS, KDU College, UCTI, Sri Ayesha Islamic School, Nanyang Technology University, Singapore, UKM, UIA, USM, Universiti Makassar, Indonesia, Universitas Indonesia dan juga banyak lagi. Barisan hakim yang akan mengadili pertandingan ini juga bukanlah calang-calang orang di mana kami menggunakan khidmat Suthen Thomas dari MMU selaku ketua hakim. Dibantu oleh Sharmila Parmanand dari Filipina, Latif dari UIA dan juga Sabrina dari UPM. 


Program sebesar ini menuntut tenaga kerja yang ramai bagi melancarkan perjalanan program. Maka, kami dengan berbesar hatinya ingin menjemput rakan-rakan di luar, tak kiralah anda pelajar UPM ataupun tidak, utk sama-sama menjayakan program berprestij ini. Prosedurnya sungguh mudah! PM saya dan saya akan emailkan anda form utk menjadi Volunteer/Liason officer. Kemudian, anda akan menerima panggilan telefon dari kami bagi mengesahkan penyertaan anda. Semudah itu:) Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut bidang tugas LO ini, boleh lah scroll ke bwh.

Liasion officer (LO) ini bertanggungjawab dalam memastikan perjalanan program berlangsung dengan lancar. Setiap LO akan dipertanggungjawabkan samada untuk menjaga 1 team debater atau menjadi runner program. Bergantung kepada availability team. Sekiranya bilangan LO bagi setiap team telah mencukupi, anda mungkin perlu menjadi runner program.Tugas-tugas anda termasuklah:

1. LO (Liasion officer)

- Menjaga kebajikan debater di bawah jagaan anda.
- Menjadi perantara di antara organizer dan debater.
- Memastikan debater hadir ke tempat pertandingan tepat pada masa.
- Perlu menjaga masa dan loceng di setiap bilik debat yang telah ditetapkan.
- Bertanggungjawab sbg information center  kpd debater sekiranya mereka ingin bertanya apa2 tntg schedule GSD. (Maka, anda perlu arif tntg tentatif dan selok belok lokasi pertandingan. Ini akan dibrief pada malam sebelum kejadian oleh pengarah program)
Bertugas sehingga team debate anda selesai berjuang. Kalau team mereka berjaya break to final, maka sehingga final lah anda bekerja:)

2. Runner

-  Memastikan perjalanan program di lokasi pertandingan berjalan dengan lancar.
- Bertanggungjawab untuk mengetahui lokasi-lokasi setiap bilik debat bagi memudahkan pergerakan debater ke bilik debat.( Akan diagih mengikut bahagian tertentu)
- Membantu sebarang kesulitan teknikal di kawasan pertandingan.

Itu sahaja! Anda bukan sahaja dapat merasai pengalaman menjayakan program, malah anda dapat peluang untuk berkenalan dengan lebih ramai orang dari pelbagai universiti. Menarik bukan? Jadi, apa tunggu lagi. Mari sertai kami. Sebagai reward, anda akan diberi sijil penghargaan, baju GSD yang cantik amat, makanan dan penginapan disediakan, merit yang lumayan dan juga pengalaman berharga yang tak mungkin dapat anda lupakan! If you are really interested, PM me now for further details. We are looking forward to work with you guys!:D

Check out our blog: http://gsdc.wordpress.com/

No comments: