Tuesday, August 16, 2011

RAMADHAN KAREEM :))

Assalamualaikum.. 
Bersawang dah 'rumah' aku ni.. Da macam rumah tinggal.. Kalau buat cerita hantu pon bley pe. Dah termasuk dalam kategori blog berhantu.. hahahaha

Bukan sebab pe pon tapi disebabkan terkena penyakit MALAS. Malas nak menaip sebenarnya.. Kalau laa ada ubat bg hilang malas ni kan best..huhuhu

Hari ni dah 16 hari kita berpuasa.. Pejam celik pejam celik kejap je.. Mak aku kata skang ni kita diibaratkan dalam fasa 'menuruni bukit'.. Ye laa kan, BUKIT tu umpama bulan Ramadhan.. Kita dah melepasi fasa pendakian iaitu 15 hari berpuasa sudah berlalu.. 

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat. Walaupun dah pertengahan Ramadhan, tapi rasanya masih belum terlambat lagi bagi aku untuk buat ucapan ni..  

Ramadhan, bulan yang dinanti2kan oleh orang2 yang soleh.. Bulan yang penuh dengan keberkatan yang mana 10 malam pertama dikurniakan RAHMAT oleh Allah swt, 10 malam keduanya diberikan KEAMPUNAN dan 10 malam terakhir DIBEBASKAN ORANG2 YANG BERIMAN DARIPADA AZAB API NERAKA.. 

sama2 lah kita mengambil kesempatan di bulan yang mulia ini berlumba2 untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan.. semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada ramadhan yang lepas.

No comments: