Assalamualaikum wbt...
rajin plak kan aku update blog an?? an? an? an? hahahaha..
well, skang ni tengah cuti pertengahan semester. orang lain semua dah balik kg masing2 tapi aku dan beberapa orang kawan still tercangak dekat kolej.. kalau sem lepas2, aku jarang balik jugak sebab aku involve dengan aktiviti kolej n universiti.. TAPI kali ni lain sket laa.. aku stay kat sini bukan lagi atas alasan aktif join aktiviti kolej tapi disebabkan oleh academic purpose.. haaa bagus kan aku?? ^_^
cuti ni aku terpaksa ambil keputusan utk tak balik kampung sebabnya aku nak siapkan aku punya final year project. project yang langsung aku tak sentuh2 lepas aku collect data time cuti ritu. masa nak submit pon semakin hampir dan aku dengan terpaksanya kena laa buat jugak walaupon aku tak bape nak suka. ye laa, nak kena key in semua data2 yang aku dapat ritu. mau bikin fenin mataku tengok angka2 tu semua. tu baru bab nak key in, tak masuk lagi nak analisis data2 tu..uuwaa menangis aku!
spss tak install lagi!! camna mau key in kalau software pon takdop lagi.. aiiyakkk
owhh nampaknya aku sudah lari dari topik asal.. aku nak buat entry pasal kakak aku kawen ritu.. tarikh kakak aku akad nikah 7hb November 2011 dan kenduri kawennya adalah hari yang berikutnya iaitu 8hb November 2011. pihak lelaki pon buat kenduri hari yang sama.. memang agak rushing gak laa perjalanan majlis sebab majlis serentak kan.. tapi Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.. dorang pon dah sah jadi suami isteri dah pon. =))
walaupon aku agak sedih bila kakak aku yang sorang ni kawen, namun terselit juga gembira sebab aku tengok akak aku tu hepi je masa wedding dia.. almaklumlahh pilihan hati sendiri. aku gembira bila tengok akak aku bahagia. aku sedih sebab pas ni dah tak boley sharing2 n gedik2 ngan dia lagi. dah jadi bini orang so dia kena la behave sket! haahhaha
part yang gembiranya plak .... kakak aku dah kawen.. so, pasni turn aku plak! hahahahaaha (cehh gedikkknya aku :p) oke, sila abaikan sifat aku yang satu tu.
to my beloved sis, congratulation kak! semoga jadi isteri yang mampu memberikan ketenangan dan kesenangan kepada suami dunia dan akhirat..
to my new abg ipar, pliss take care my sis elok2 tau. kalau dia buat salah, betulkan dia.. kalau dia marah, redakan kemarahannya..
KERANA
hakikat perempuan adalah manusia yang selembut lembut manusia.
tuhan jadikan perempuan dengan hati yang lembut dan tulus.
walau sekeras mana pun dia,
walau segarang mana pun dia,
walau sekental mana pun kau lihat dia,
air matanya akan jatuh bila dia merasa terluka.
perempuan
dijadikan tuhan untuk dilindungi dan dikasihi
dijadikan tuhan untuk dibelai dan diberi perhatian
sekental mana pun dia
sekeras mana pun hati dia
gugur juga air mata bila dirinya dibentak bentak
terguris juga hatinya jika tak dipeduli di kala dia perlu
perempuan
salahnya dia perlu dipandu
kejadiannya bukan lurus malah bengkok dan keras
itu fitrah
fitrah kejadian manusia yang tertulis sejak azali lagi
didik dia dengan hemah
kasihi dia selayaknya
sesungguhnya dia tidak dicipta dari tapak kaki untuk dijadikan alas, tidak juga dari kepala untuk disanjung, tetapi dari rusuk kiri, dekat dengan tangan untuk dilindungi, hampir dengan hati untuk disayangi.
(^_*)
heeeee~~~
banyak pulak aku punya pot pet kan.. layann je laa..
bukan selalu aku nak wat ayat tacing2 kat akak aku ni..
ni pes time aku bg ayat2 cmni kat abg ipaw aku.. peace ye bang! =D
1 comment:
kak ruby bile lagiii????? hehe
Post a Comment