Sunday, November 27, 2011

BERAPA UMUR KORANG DALAM TAHUN HIJRAH??

 Assalamualaikum..

Hari ni alhamdulillah aku masih berada dalam nikmat Allah yang memberikan aku kesempatan untuk hidup dan bernafas di bumi Allah yang luas ini. Syukur aku panjatkan ke hadrat Allah yang maha Esa kerana diberi nikmat iman dan Islam. Aku berdoa supaya sentiasa dipandu ke jalan yang lurus Allah Rabbul Izzati..

Bertepatan dengan hari ini, kita umat Islam menyambut Tahun Baru dalam perkiraan tahun Hijrah. Masih belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkan salam Ma'al Hijrah kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.

Tadi, masa tengah khusyuk buat assignment, tetiba jer aku terfikir agak-agak berapa la umur aku kalau ikut kalendar Hijrah? Selama ni aku hanya tau umur aku ikut kalendar Masihi je. Maka, disebabkan faktor inquiry yang sangat tinggi, aku pon bukak lah encik google dan mula godek-godek apa yang patut. Last-last jumpa jugak aku dengan tujuan aku tu.

Korang nak tau tak?? Ok, yang tanak tau tu sile bawak mouse anda and click button X kat sebelah kanan tu.. Hahaha aku lawak je laa..

Cara dia senang sangat-sangat laa.. Korang pegi dekat IslamiCity (ce klik ce klikk). Pastu, korang just isi la ruang-ruang kosong yang dia sediakan tu. Paham tak? Kalau tak paham, korang refer je gamba kat bawah ni.

Ni contoh aku nye tau.. Alamakkk kantoi laa umo sebenar aku! Tapi takpe, mane la tau ade yang baik hati ingat aku punye besday n nak bagi hadiah.. Sape tau kan?? hikhikhik

Ni sebelum korang masukkan tarikh lahir korang.. 



Ni after isi birthday aku


Kalau ikut kalendar Hijrah, tarikh lahir aku jatuh pada 12 Jamadil Awal 1408 bersamaan dengan hari Jumaat. Alhamdulillah, aku lahir hari Jumaat la kan.. Penghulu segala hari.

Sekarang dah 1433 Hijrah dah. U know what?? I'm 25 years old now!! Alamak alapak.. Tua rupanya aku kalau ikut tahun Hijrah.. Kalau ikut Masihi, aku baru je 23.. Hahahaha mude lagi laa an..

So, mana 1 aku nak ikut ni?? 23 ke 25? Confuse sket.. Kalau 23, rase mude sket.. Kalau 25, nampak cam matang plak! Hahaha Ayoyoyo..  Mana-mana pon boleh laa..

Ape lagi korang, cepat try. Nanti jangan lupe share bape umur korang k.. Interesting tau mende nih.. Haruss cuba.


Ok, Selamat Mencuba

No comments: