Sunday, November 27, 2011

BOLA SEPAK MALAYSIA VS BAHRAIN 2-3





Assalamualaikum.. 

Baru je selesai menonton bola sepak kelayak Olimpik London 2012. 

Malaysia lawan Bahrain. 

Keputusan Malaysia-2, Bahrain-3. 

Kecewa memang kecewa.. Dah elok-elok Malaysia leading 2-0 tup-tup Bahrain golkan 3 gol dalam masa 6 minit! Speechless aku. 

Dua pengajaran yang aku dapat semasa aku tonton bola ni 

1) Jangan mudah berasa selesa dengan keadaan yang dah kita capai sekarang.

Macam pemain Malaysia laa, maybe dorang rasa dua gol dah cukup baik dan selamat untuk dorang. Defend pon tak fully denfend. Ade je banyak bola yang bolos..


2) Jangan mudah putus asa! 

Aku salute dengan pemain Bahrain. Even dorang main dengan 10 orang pemain jer, tapi dorang still tak patah semangat. Dorang boleh kejar dalam masa kurang daripada 6 minit dapat 3 gol. Memang dorang dah buktikan dorang layak untuk mara ke peringkat seterusnya. 


.............................................................................................

Bagi aku, jalan untuk Malaysia ke Olimpik masih jauh. Bukan aku tak menyokong team Harimau Muda tapi aku rasa persediaan daripada segi mental dan fizikal masih belum cukup. So, dorang kena work hard untuk next time. InsyaAllah suatu hari nanti team bola sepak Malaysia bakal menyinar di persada dunia. 

Congrats aku ucapkan kepada Nazmi Faiz Mansor dan Mahali Jasuli atas gol yang dijaringkan.. 


p/s: apepon aku tetap sokong Harimau Muda Malaya ! Auuummmm



"Jika tak mampu menyokong ketika kalah, usah bersorak ketika menang"


No comments: