Sunday, August 28, 2011

tradisi menjelangnya lebaran..

Assalamualaikum..

raya dah tinggal bape hari je lagi.. aku daripada yang tak rajin nak buat kuih raya pon terpaksa merajinkan diri untuk buat kuih raya.. kalau tak buat ape aku nak jamu dekat tetamu2 yang bertandang dekat rumah aku nanti.. tu belum tambah dengan biskut2 yang aku nak bawak balik kolej nanti.. siap dah simpan asing dah. kalau aku tak asingkan siap2, alamat tinggal serdak je laa.. pengalaman lepas dah banyak kali dah terkena.. almaklum laa, aku ni adik beradik ramai. anak sedara plak berduyun2.. kalau tak silap aku laa, semua anak sedara aku ada 36 orang!! OMG!! ramai tuu..


ok, back to the main topic.. dah 3 hari aku marathon buat biskut raya ni.. dari pagi sampai laa ke petang membongkok2 buat biskut tu..  sampai naik lenguh pinggang aku ni.. berhenti pon time nak solat je.. pastu sambung balik.. dekat time nak berbuka baru laa siap.. sehari siap laa 1 biskut.. 

mesti korang heran kan sebab pe 1 jenis biskut ambik masa sampai satu hari.. heran tak? :p

untuk pengetahuan korang, aku buat biskut tu dalam kuanttiti yang banyak.. sekali buat rangkum 3 adunan terus.. banyak tak??

mana tak banyaknya, buat untuk 3 family sekali.. rumah abang n kakak aku dekat2 je.. kuar je pintu depan dah nampak dah pintu rumah abang aku.. keluar je pintu belakang umah aku, terjengul rumah kakak aku.. mmg dekat sangat laa rumah kitorang.. 

buat kuih raya ni pon buat same2.. duit untuk buat kuih tu kitorang tong-tong laa sorang sikit.. tak laa terbeban sangat.. lagipon ekonomi skang tak bape elok sket.. abang n akak2 aku keluarkan duit n aku kena laa lead untuk buat semua biskut2 tu.. nasib baik laa aku ade askar2 yang membantu.. anak sedara aku kan ramai.. so aku buat kerahan tenaga laa.. kalau aku sorang je yang buat MAK OIII !! pengsan

pastu kuih2 yang dah siap tu kitorang bedak (agih2) la sorg sikit.. dah nama pon kongsi kan.... ( menu untuk hari lebaran nanti sepesen je laa rumah kitorang.. hahahahaa )

setiap kali menjelang raya mmg macam ni laa cara kitorang buat kuih raya.. kira dah jadi tradisi untuk keluarga kitorang laa. kan sharing is caring :))

korang plak camne ?

p/s : nanti kalau rajin, aku update laa kuih ape yang aku dah buat.. esok nak pegi teman akak aku g tempah baju pengantin dia.. mau tido dah..  k bye!

Wednesday, August 24, 2011

KAMI BLOGGER UTAGHA

assalamualaikum semua :)

disebabkan aku ni orang utagha, maka aku nak join kelab blogger utagha laa.. bukan pe, nanti senang nak communicate dengan member2 seangkatan yang punyai hobi yang sama cam aku ni.. bley berkenal-kenalan antara satu sama lain kan.. hihihi

aku tak tau samada still bley join lagi or tak kelab ni sebab sebelum ni xpernah perasan pon kelab ni.. kebetulan aku blogwalking td aku terjumpa kelab ni.. jadi aku pon cepat2 la buat entry pasal kelab ni.. 


aku orang perlis lorr.. dok kat beseri yang sentiasa berseri-seri :p


kalau sapa nak join, bley laa klik kat gambar atas tu or klik S.I.N.I ye.. 


biskut raya oh biskut raya

Mood nak buat biskut raya berkobar2 ni.. List menunggu untuk buat biskut ape tu dah ade.. Cuma antara ingat or tak ingat je resepi dia.. Dah lama xbuat kan.. Almaklum laa, setahun sekali je buat kuih raya. Kalau sebelum ni ade kakak2 aku yg tukang buat biskut raya tu tapi tahun ni memang aku sorang je la nmpaknya.. Adehh agak2 nak jadi ke tak kuih raya aku tu? Hurrrmmm wait n see je laa.. Hahaha

p/s: Nanti kalau jadi ke tak jadi ke aku update laa kat sini.. Mintak2 laa jadi =P

Thursday, August 18, 2011

selamat bertunang my sis!!












31 JULAI 2011

Tuesday, August 16, 2011

RAMADHAN KAREEM :))

Assalamualaikum.. 
Bersawang dah 'rumah' aku ni.. Da macam rumah tinggal.. Kalau buat cerita hantu pon bley pe. Dah termasuk dalam kategori blog berhantu.. hahahaha

Bukan sebab pe pon tapi disebabkan terkena penyakit MALAS. Malas nak menaip sebenarnya.. Kalau laa ada ubat bg hilang malas ni kan best..huhuhu

Hari ni dah 16 hari kita berpuasa.. Pejam celik pejam celik kejap je.. Mak aku kata skang ni kita diibaratkan dalam fasa 'menuruni bukit'.. Ye laa kan, BUKIT tu umpama bulan Ramadhan.. Kita dah melepasi fasa pendakian iaitu 15 hari berpuasa sudah berlalu.. 

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat. Walaupun dah pertengahan Ramadhan, tapi rasanya masih belum terlambat lagi bagi aku untuk buat ucapan ni..  

Ramadhan, bulan yang dinanti2kan oleh orang2 yang soleh.. Bulan yang penuh dengan keberkatan yang mana 10 malam pertama dikurniakan RAHMAT oleh Allah swt, 10 malam keduanya diberikan KEAMPUNAN dan 10 malam terakhir DIBEBASKAN ORANG2 YANG BERIMAN DARIPADA AZAB API NERAKA.. 

sama2 lah kita mengambil kesempatan di bulan yang mulia ini berlumba2 untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan.. semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada ramadhan yang lepas.