Tuesday, November 30, 2010

.::pErLis PerMai LaGi mEmpErSonA : pArt GaMbar2 Best::.

Salam..
Hari ni tepat jam 7.50 pagi tadi aku telah selamat sampai ke UPM yang terchenta ni.. Kali ni aku balik naik train. Aku bukannya penah naik train lagi.. Kire ni kali kedua la aku naik ketapi. 1st time aku naik train minggu lepas masa balik dr KL Sentral.. Excited gak la mase mula2 naik tu.. Tak tido sepanjang jalan semata2 takut terlepas station..ahahahaha lawak2

Keretapi dari Arau lebih kurang pukul 7.20 petang.. Aku sampai kat KL Sentral pukul 5.30 pagi.. Punya la lama aku dalam keretapi tuh.. Naik lenguh pinggang aku.. Tapi nasib baik la ada cik Senah yang menemani aku. Dia ikut aku balik Perlis sebab dia xbalik Sarawak. So aku dengan baik hati mengajaknya kerumahku. kunun kawan mithali la nih..hihihihi

Aku balik rumah lebih kurang 8 hari la.. waaaaa kejap je!!sadisnyer Banyak pengalaman menarik sepanjang kat rumah. Memandangkan kawan aku si Senah tu tak penah datang Perlis, aku bawak la dia melawat beberapa tempat menarik di Perlis. Jom kite tengok ape yang menarik kat sana....

gamba dalam tren bersama cik Senah.. muke excited xpenah naik keretapi..ahaha

sampai je kat rumah terus buat Daging Bakar sebab kempunan nak makan!

ni selepas dibakar.. yummmy!!

kecur air liur tengok gamba nih.. nak makan lagi!!!

sedap dicicah bersama air asam.. mabless


part 1 : Gua Kelam

bergambar kenangan di depan pintu masuk ke Gua Kelam.. Kitorang tak dapat masuk ke dalam gua sebab masa ni diorang ade buat renovation dalam tuh.. Al-maklumlah baru lepas banjir besar. So, kena la repair ape yang rosak kat dalam tu.



aku bersama-anak sedara aku


tak dapat masuk dalam gua, depan gua pon jadilah asalkan dapat posing..hihihi


Bang Jat dengan anak2nya


Kak Cik yang asek mengomel jer!
(Kak Cik : yeay3 Kak Cik pi Buah Kelam!!
aku: bukan buah kelam laa, Gua Kelam la Kak cik oii..hihihi)


part 2 : Menara Pandang, Wang Kelian

on da way nak ke Menara Pandang di Wang Kelian


pemandangan daripada atas bukit.. Subhanallah cantiknya!
dari jauh nampak Empangan Timah Tasoh yang luas tu..


pemandangan semasa hari nak hujan


berat laa kak cik nih!!


aku suke gambar nih..


part 3 : Bendang belakang rumah aku






part 4 : Muzium Kota Kayang

bergambar di depan pintu muzium

apis dan kak cik






hurmm nak muntah aku upload gambar2 nih.. tengok la sampai muntah yek..
ni baru sikit je tempat2 yang sempat aku bawak si Senah tu.
Kalau korang berminat, jom ler g serbu negeri Perlis yang kecik tuh. Tapi walaupun kecik, best woo.. cehh pomot negeri sendiri plak..hihihi

ok lah g makan nih.. lapar2!! hihihi

bye!!

Friday, November 26, 2010

perlis permai lagi mempersona!!

Salam semua... 

Dah banyak hari aku tak update blog aku nih.. Maaf la kpd rakan-rakan blogger sebab ade mesej yang tak berbalas.. Aku sekarang kat kampungku terchenta di Perlis. Even tak banyak hari aku kat kampung, akan aku manfaatkan masa yang ada untuk aku maximumkan masa aku kat sini. Bile ada kat kampung nih, susah la untuk aku nak on9 sebab xde masa sangat. Ni pun aku curi-curi masa untuk hupdate perkembangan terkini aku. Banyak sngat aktiviti yang aku buat kat kampung. Next entry nnti aku tunjukkan serba sedikit pasal kampung aku n tempat2 menarik sekitar perlis yang sempat aku capture khas untuk tatapan rakan2 semua. 

Maaf kepada rakan2 yang tak sempat aku balas kunjungan mereka.. Tak pe, aku balik nanti aku balas balik kunjungan korang. hihi

Ok la, mak aku dah panggil tuh.. Next time akan aku update entry2 yang best2 lg k..  Entry nih sekadar untuk maklumkan kat korang semua pasal AKU KAT KAMPUNG!! poyos la budak nih.. membebel je keje!! dush3

bye!!

Saturday, November 20, 2010

Viwy Gurlish Give Away!!

Salam all..

Bukak2 blog terchenta nih, terus je aku kena tag. OMG!! Tapi tak pe aku suke.. hihihi
Kali ni aku telah ditag oleh sahabat tersayang aku tak lain tak bukan cik Shana yang sengal tuh..

GA kali nih ialah Viwy Gurlish Give Away!!

Photobucket
klik gambar nih untuk tau maklumat detail pasal GA nih

Seperti biasa jom kite wat checklist untuk join GA nih:

TERM & CONDITION GIVEAWAY :-

- mesti jadi follower Viwy Gurlish (SETTLE)

- wat special post mengenai give away ni n tinggalakn link kt komen post ini. (SETTLE)
.
- letak banner kt sidebar (Banner tuh pic viwy gurlish yg kat atas sekali tuh ek) (SETTLE)

- hadiah tajaan viwy gurlish.. (SETTLE)

Photobucket

antara hadiah2 utk 10 bloggers terpilih...
***GRAND PRIZE adalah rahsia!!

- tag 2 org rakan blogger anda. (SETTLE)

Kali ni aku nak tag
my senior iaitu feez-cucuatokaji
dan

DUE DATE PADA 26/11/2010

JOM!! JOM!! JOM!!

Friday, November 19, 2010

Don't Judge a Book By Its Cover!!

Kisah ini aku dapat daripada seorang sahabat yang menghantar email kepada aku.. Jadi aku ingin kongsikan kepada anda semua agar menjadi pengajaran kepada kita semua..

-------------------------------------------------------------------------

Sebagai seorang doktor yang tugasnya menyelamatkan nyawa manusia,tentulah saya merasa bangga dengan profesion saya ini. Sememangnya inilah cita-cita sebenar saya selama ini. Etika dan sikap profesionalisme sering saya amalkan. Apatah lagi saya juga seorang pensyarah di Pusat Pengajian Perubatan di salah sebuah universiti terkemuka. Saya sering menanamkan dan menekankan aspek insaniah dalam diri bakal-bakal doktor yang merupakan pelajar saya.

Suatu hari yang ditakdirkan Allah, saya di ajar tentang suatu nilai yang saya terlupa oleh seorang mat rempit.

Saya menoleh jam loceng saya. "Ah….baru 3am dan saya baru terlena hanya 2jam sahaja." Tapi,apakan daya kerana tugas,saya terus mencuci muka dan terus menggapai kunci kereta saya. Inilah rutin seorang doltor yang kita kenali sebagai `on call`.

Setelah memecut kenderaan saya,akhirnya saya tiba di bilik kecemasan. Ada satu kes kemalangan. Seorang penunggang cedera parah dan pemboncengnya meninggal dunia di tempat kejadian.

"Tolong doktor..Tolong selamatkan kawan saya," rayu seorang lelaki muda berseluar jean yang koyak dibahagian lututnya. Inilah trend pakaian mat rempit. Setelah 4 jam dibilik pembedahan,mangsa berjaya diselamatkan dan kaki kanannya terpaksa dipotong. Entah mengapa hari itu,terlintas bisikan syaitan dalam hati saya yang menyatakan`you deserve to get it`. Astaghfirualallahal azim, sebagai seorang doktor,saya tidak harus meletakkan prejudis saya sebagai prioriti dalam merawat pesakit. Melihat pesakit saya dari sudut siapa dia sebenarnya adalah salah. Hal ini kerana, dalam merawat dan meyelamatkan pesakit,nyawa setiap manusia begitu bernilai walaupun pada pandangan kita atau sesiapa,dia bukanlah apa-apa.

Keesokan harinya,saya pulang dari hospital agak lewat malam. Kepenatan benar-benar menyebabkan saya tidak sabar untuk tiba di rumah.

"Ah….lampu merah pula!!" Maka saya terus menekan pedal brek dan menunggu giliran sambil mata saya tertumpu pada suatu peristiwa yang menarik. Saya melihat seorang lelaki yang koyak jeannya dilutut menunggang dengan laju melanggar lampu merah tanpa rasa bersalah. Dalam hati saya berdetik "sah mat rempit lagi. Tak ada kerja lain ke selain menyusahkan orang lain." Tiba-tiba saya melihat pemuda itu berhenti,menongkat motornya dan berjalan kedepan.

Saya benar-benar malu pada diri saya sendiri melihat pemuda itu mengambil bangkai kucing yang saya kira baru saja dilanggar petang tadi,mengalihkannya ke tepi jalan agar tidak dipijak hina oleh kenderaan lain.

"Allahuakbar."

Saya benar-benar tersedak dengan bisikan hati kecil sendiri. Saya rasakan diri ini sangant mulia apabila menyelamatkan nyawa manusia,tapi tidak terlintas dan tidak sanggup membela bangkai binatang itu padahal ia juga suatu nyawa yang harus dihargai dan dimuliakan. Sedangkan dia seorang mat rempit yang mungkin tidak menghargai nyawanya sendiri boleh meletakkan nilai harga nyawa seekor binatang pada aras yang tinggi. Sesungguhnya Tuhan sedang mengajar saya sesuatu.

Sesungguhnya saya telah belajar sesuatu dari seorang mat rempit. Kemuliaan seseorang itu bukan terletak pada berapa besar dan tingginya jasa dan sumbangan pada sesuatu tetapi dinilai dari berapa besar seseorang itu mengerti makna kewujudan sesuatu dan menghargai.

-------------------------------------------------------------------------

Ini bukan kisah yang memberi pengajaran bahawa kita juga boleh menjadi mulia walaupun seorang mat rempit,lantas menanam cita-cita untuk menjadi kaki rempit. Namun cerita ini membawa pengajaran bahawa kita tidak boleh terlalu berbangga dengan diri sendiri dan membiarkan prejudis membezakan diri kita dengan golongan lain. Sikap prejudis akan mengurangkan etika dan meruntuhkan sikap profesinalisme yang ada dalam diri kita..

contest :: kids & baby photo contest


Wah banyak betul lah aku jumpe contest malam nih mase tengah blogwalking.. Tapi yang paling menarik minat aku ada lah untuk join ====>> contest :: kids & baby photo contest. Aku jumpe contest ni mase aku view blog safiyyah osman.


Jom wat checklist untuk join contest nih.. Takut ade yang tertinggal pulak nanti..hihihi

syarat -syarat penyertaan.

1. anda mesti menjadi follower blog kedua saya. http://sweetlikekisses.blogspot.com. Selepas ini pemenang akan di umum di blog baru:).. (DONE)

2. anda mesti tag kepada 8 orang maksimum.tidak boleh kurang.dan bila anda telah tag anda mesti inform pada kawan anda yang mereka telah ditag.:) (DONE)

So, mereka yang bertuah adalah ....



3. letakkan banner contest di sidebar anda. (DONE)

4. anda mesti sertakan satu gambar.tidak kisah gambar anda zaman baby,zaman anda budak budak,gambar adik anda,gambar anak anda,gambar anak saudara anda.. (DONE)

ni gamba anak sedara aku.. yang kecik tuh HUSNA n sorang lagi tuh nama dia ALIYA..geram gile aku kat dua orang nih!!
anak sedara aku memang xde iras aku pon.. jauh beza gile.. diorang cumel!! tapi aku manis jer..ahahaa


5. hantar link entry anda didalam kotak komen entry contest ini. (DONE)

6.mesti mulakan title entry dengan nama contest. (DONE)

7. wajib diberitahu didalam entry tentang contest ini dan hadiah yang bakal diberi kepada pemenang. (DONE)

hadiah yang bakal dimenangi ialah
earring dari lazo diamond jewellery.white gold.


tarikh tutup CONTEST ni sehingga 30 november 2010 .
tapi terpulang pada Kak Safiyyah jika hendak menamatkan tarikh lebih awal:)..
so be alert!:)

~~selamat mencuba!!~~

JOM BERKENALAN : KHAS BUAT BLOGGER BARU

OMG ! ! ! OMG ! ! ! OMG ! ! !


Salam all..

Bosan punya pasal, nak tido xleyh la pulak.. So aku pon mengambil langkah untuk blogwalking dari satu blog ke satu blog. Sambil-sambil blogwalking tuh boley la aku cari idea untuk post entry baru. Jalan punya jalan tetiba aku terjumpa satu benda best.. Kat blog Ben Ashaari.
Abg Ben wat segmen baru untuk newbie.. Memandangkan aku nih newbie, so aku pon nak amek peluang untuk berkenalan dengan lebih ramai lagi rakan2 blogger kat luar sana.. Almaklumlah... saya budak baru belajar.. hihihi. Banyak lagi benda yang perlu dipelajari untuk ber'blog' nih..

Kepada rakan2 blogger yang baru, Selamat datang dan Selamat berkenalan diucapkan.. Semoga perkenalan ini akan mengeratkan lagi ukhuwah kita sesama insan.. Suke sebab kita mempunyai persamaan iaitu BLOGGING!

Tengs kepada abg ben kerana menganjurkan segmen ni.. Gud job bro!


.::1st Giveaway Tinie (zon2u)::.


OMG!! aku kena tag ngan cik Shana rupenya.. Tak pelah.. Cam menarik gak nih.. Meh join reramai..


ni lah Ga tu.. Giveaway nih dibuat oleh cik Tini kite.. Jom kite terjah!! yuhhhuuuuuuuuu

(klik gamba diatas nih untuk maklumat lanjut)


jom kite wat checklist untuk join GA nih..

1. Jadi follower Tinie (done)
2. Buat entry pasai GA ni, jgn lupa tepekkan di sidebar beserta link (done)
3. dah siap tu semua tu bagi tau Tini tau di ruangan komen (done)
4. tagkan 2 orang rakan .. (done)

5. tarikh tutup penyertaan 14/1/2011 (kul12.00 tengahari)

hadiah plak??!!

tempat pertama
(misteri)

tempat kedua
(misteri)

tempat ketiga
(misteri)

dan 5 hadiah saguhati
(misteri)

jom .. jom... jom...


.::TERdapat AWARD!! hahahaa::.


salam semua..

fuhh hari ni aku rasa busan la pulak.. Seharian aku penuhi dengan tidur je.. Ni semua gara2 aku tengok satu cerita yang best semalam.. Sampai tak tido aku tengok ceta Kau Laksana Bulan dengan adik kesayangan aku merangkap teman baikku iaitu Naslia.. Sanggup aku tongkat mata sebab cerita 2 memang menarik.. Terus aku jatuh cinta dengan watak lakonan Zul Huzaimy.. Sweet sangat gandingan dia ngan Ayu Raudhah..




Dalam satu malam aku marathon abeskan 13 episod cerita tuh.. Memang best.. Tak percaya sila lah tengok cerita tu..hihihi

Adoii camne la bley terkeluar cerita pasal Ayu Raudhah ngn Zul Huzaimy nih? Sebenarnya aku nak cerita aku dapat award daripada seorang teman blogger iaitu Faizs. Tengss aku ucapkan kepada dia kerana sudi memberi award kepadaku.. hihi xpenah2 dapat award kan.. Almaklum lah aku ni kan blogger baru.. So kena banyak blaja lah daripada otai2 blogger yang lain..


Ni la award2 yang aku dapat tuh..







weee~~~~~ terharunya saya!! Nway, aku nak ucapkan mekasih bebanyak kepada Faizs sebab sudi bagi award nih kepada aku..

psstt: pasnih sape nak bagi award kat aku lg silakan lah.. heee



Tuesday, November 16, 2010

.::kAnaK - kaNak riAnG::.

Salam all..

Setelah frust xpat jawab exam tadi dengan jayanya, maka aku pon cube untuk men'cool'kan kembali diri ni agar tak terbawa2 ngan emosi yang sangat tidak baik yang bakal menjejaskan mud aku untuk jawab lagi satu exam sok petang.. hhaa? sok petang exam!!? ko sempat lagi hupdate belog nih ye!

Bukan ape, sebenarnya aku ni xsuke la kalau tension2 sangat.. Nanti aku lagi tension.. so, aku pon wat relax je lah.. relax la sangat.. padahal dlm hati tu mak aii..

Tadi pas sembang2 sket ngan beberapa orang kawan tersayang, diorang ade plan nak keluar makan.. Memandangkan aku ade exam sok, jadi aku malas la untuk ikut sama. Tapi lepas fikir punya fikir, aku ase baik gak kalau aku ikut diorang nih.. Lagipun dah lama kitorang xdapat lepak sesama ramai2.. Selalu kalau kuar ade 2 - 3 orang je.. Dalam mase yang sama aku pon dapat lah menghiburkan hatiku yang sedang diamuk gelisah nih.. Lupe kan sebentar pasal exam..hihihi

Maka, saat yang menggembirakan pon tiba lah dalam diari hidup aku nih.. Kitorang g sebijik keta n sebijik moto.. Ye lah kan, mana muat satu keta tujuh orang.. dah la masing2 saiz cam anak badak je..hahaha.. Yang kena naik moto tu aku n si senah kesayangan aku la.. tapi xpe kitorang memang suka naik moto berdua.. Romantis sket..haha

Mula2 plan nak g makan kat Kembangan Paradise tapi tup-tup kedai tu tutup la pulak.. Terpaksa la tuka plan ke tempat lain plak.. Tempat yang menjadi pilihan adalah......




Malas nak tulis dah.. Layan je lah ape yang aku dapat capture utk moment2 yang best nih..


Sebelum makanan sampai.. POSING la dulu.. hihihi

me wif reen cayang!!


reen.. nurul a.k.a SENAH tersayang.. & aku lerr

Mr. Pres wif Kak Wa..
psstt: sebok tul lah si SENAH nih.. ade je ko kan..haha



MAKANAN.. Oh.. MAKANAN.. Oh.. MAKANAN.. Oh.. MAKANAN!!!!

yeaayy makan time..


makanan aku @ black pepper steak


mix beef steak kalau xsilap aku.. cik reen2 order..


menu pilihan cik Shana a.k.a SENAH @ Grill fish


kak momon punye makanan @ spagetti ape tah nama dia.. huhuhu



Yang lain2 xsempat nak amek gamba sebab makanan da lama smpai.. Lapa sangat..hihihi



Hasilnya..... TADAAA!!!!!!



licin!!!



Kalau korang tringin nak makan kat situ, sile lah g.. Harga dia tak lah mahal sangat.. Buley la kalau nak makan sekali sekala tu kan.. Suasana dia memang best n tempat makan dia ala2 retro sket.. try la g sana.. memang mables lah..


Tengss kepada kawan2 yang sudi meluangkan masa untuk kite sama2 klua.. Dah lama kot xkuar makan sama2 camnih.. Next time kite g mandi2 kat sungai plak k.. Kite g piknik kat sane.. Kompem best..


Alamak! cane gamba mizi xde plak..



KAMI bertujuh.. hihi sayang kamu semua..
***sorry lah senah, gamba ko xde dalam nih.. Tp jgn kecik ati k.. Aku da masukkan gamba ko skali dalam nih.. Ko kan tangkap gmba kitorang td.. hahahahhaaa.. kompem senah kate aku sengal!!

Setakat ni dulu hupdate aku untuk kali nih.. Mau sambung study plak.. Mood utk study da datang balik.. jom study sambil buku bace aku!! ngantuk seyh.. Gud nite


Bye..