Saturday, November 13, 2010

.::Hari Raya Aidiladha::.

Sedar atau tidak, hari ni dah 13 November dah.. hah dah hari hari sabtu..?? Means lagi 4 hari la kita akan meraikan satu lagi peristiwa besar dalam bulan Islam iaitu Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Haji. orang lain sibuk study nak exam, buat ulangkaji utk exam..aku plak bley bebel pasal nak raya!! ish3


Bila sebut pasal raya je mesti la aku akan excited giler2.. Selalu raya yang paling meriah mesti la raya Aidilfitri tapi bagi aku Raya Haji ni pun ade keistimewaannya yang tersendiri.. Ada orang cakap buat ape nak smbut lebih2 sambut raya Haji.. Bukannya kite g Haji pon. Kalau dapat g haji baru la best.. Bagi aku plak kita patut sambut raya Haji ni sebab hari ini, umat Islam disunatkan melakukan ibadah korban sebagai tanda ingatan terhadap peristiwa Nabi Ibrahim Alaihissalam yang telah mengorbankan anak baginda, Ismail Alaihissalam demi kepatuhan dan ketaatan baginda terhadap perintah Allah Subhanahu Wataala. Di samping itu melalui peristiwa ini jelas membayangkan betapa setiap yang hendak dikorbankan itu mestilah sesuatu yang bersifat paling disayangi dan berharga. Ibadah ini juga boleh melatih perasaan individu Muslim agar jangan bersikap bakhil dan kedekut di dalam mengeluarkan harta demi membela dan membantu golongan yang lebih memerlukan seperti orang-orang fakir dan miskin.

Jadi bagi aku kita patut la menyambut hari raya Haji ni sebagai tanda mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Memang la kita tak pergi haji tapi boleh je kan kalau kita nak buat ibadah korban. Masa ni la kita akan mengeluarkan harta kita ke jalan Allah.. Kita berkongsi kelebihan harta yang kita ada dengan orang yang kurang berkemampuan.

Teringat masa dulu2. Time aku kecik2 lagi.. Bila tiba je hari raya Haji, mak aku akan kejutkan aku awal2 pagi untuk suruh aku mandi. Nak mandi pon sejuk. Maklum la rumah kampung kan.. Air pulak air dalam kolah.. Maka sejuknya memang sejuk yang amat lah kan..hihi Tapi mak aku suruh aku mandi jugak sebab katanya mandi pagi raya sebelum orang sembahyang sunat hari raya, dapat pahala.. Dengar je pasal PAHALA terus aku gagahkan diri untuk mandi..

Lepas mandi, aku akan pakai baju baru.. Kalau dulu nak merasa pakai baju baru, time raya je lah.. Sebab aku bukanlah kategori anak orang senang. Adik beradik aku plak ramai. 10 orang tu..huhu.. Sebab tu la aku rasa best sangat bila raya sebab aku akan dapat baju baru, kasut baru, tudung baru n semuanya baru lah!

Dah siap2 semua, aku akan pergi surau untuk sembahyang raya. Dulu naik gerek @ basikal je. Tak pon aku naik moto ngan arwah ayah aku, tak pun aku jalan kaki je pergi surau. Surau tu tak jauh mana pon ngan umah aku. Dekat surau, orang sembahyang aku pon sembahyang la kan.. Lepas sembahyang sunat raya tu plak akan ade khutbah hari raya. Time tu lah orang yang bagi khutbah akan cerita pasal raya kurban, pasal kisah disebalik raya korban, kelebihan raya kurban dan lain-lain lagi. Bile abis je khutbah tu, masa yang dinanti2kan pon tiba.. jeng..jeng.. jeng... Masa untuk bagi duit raya kat budak2 kecik macam aku nih..hahaha.. masa tu dapat seringgit tu orang cakap dah banyak dah.. lima kupang 2 standard la masa 2 orang bagi.. Tak macam budak2 sekarang.. Bagi lima kupang pon xnak..hish3

Lepas sembahyang raya, aku akan pergi ke tempat2 yang orang buat korban. Masa tu la nak merasa makan daging. Orang susah katakan.. Dekat situ, orang agihkan la sorang sikit kat sesapa yang ada masa tuh. Pas dapat sorang seplastik, balik la rumah simpan daging tuh. Pastu pegi plak tempat lain utk amek daging lagi..hehe

Masa raya haji ni, best sebab dapat makan sedap-sedap. Mak aku akan masak sup.. Mak aku rebus tulang-tulang yang orang bagi tu n daging-daging tuh buat gulai ka, goreng kunyit ka.. sedapnya!! Pastu mak aku akan rebus perut yang dapat.. huh sedapnya kalau perut tu cicah dengan air asam.. perghh telan air liur bile teringat!

Selalu bila time raya nih, adik beradik akan balik berkumpul kat umah mak. Masa tu best sangat sebab kitorang boley gelak sama2, tidur sama2, makan sama2, g jalan2 sama2.. smuanya sama2 lah.. Time ni slalu ktorang akan buat BBQ. Bakar daging2 yang ada sebab time tu banyak sangat daging yang orang sedekahkan kat kitorang. Sebulan baru habis makan..hihi

Tapi sekarang semua adik beradik aku dah besar2.. Aku je yang paling bongsu. Ramai yang dah kawen n berkeluarga. Susah nak dapat kumpul sama2 lagi. Sebab masing2 dah kene balik beraya rumah mertua masing2.. huhu.. tak pe lah.. nak wat cmne kan.. Mana yang ade je lah.. Tu pun tetap meriah sebab keluarga aku besar. Jadi tak terasa sangat la kalau ade yang xde..

Hurmm tu lah serba sedikit pengalaman raya Haji aku yang aku rasa best.. Aku komfem pengalaman korang lagi best. Tapi aku still nak cerita jugak kat sini.. hehe

Faktor aku buat entry nih sebab semalam aku call mak aku.. Pastu mak aku tanya aku balik tak raya nih? Maka aku dengan sedihnya menjawab TIDAK! huk3

Aku ade exam 16hb petang! Masa bila aku nak balik? Kejam betul lah sape yang buat exam time tuh.. Kalau rumah aku dekat xpe la jugak.. Ni tidak. Jauh di Perlis si nun. Alamatnya ni la first time aku sambut raya di perantauan.. Tu la pasal, sape suruh mintak sambung blaja jauh2? Kan dah merasa beraya di perantauan! hambek ko!!

Gambar kenangan mase aidilfitri lepas.. ramai woo adik bradik aku.. ni pon ade g yang xde dalam gamba.
miss my family rite now!! T_T


Kiranya tahun nih xde la pengalaman aku sambut raya haji ngn family aku.. Raya ngn kawan2 lah.. Aku bukan kesorangan di sini.. Kawan2 aku pon aku dah anggap cam keluarga aku jugak.. So ape lagi kawan2.. Jom kita raya sama2.. Kita g semayang raya kat masjid sesama t k.. Tapi sebelum tu, jom kita study lagi dua paper sebelum nak raya! Adoi laa...

Ok lah.. Setakat ni dulu coretan aku buat kali ni.. Mau mengadap notes2 yang masih belum terusik lagi tu.. Notes2 tu dah melambai2 panggil aku tu..

Bye!

4 comments:

DIA Muhammad Ashraf Alexis said...

http://diamuhammadashrafalexis.blogspot.com/2010/11/tirai-kamar-5.html
salam.my novel..read if you have time and be my follower.i need around 200 blog follower to publish my novel...thanks...

Lufti said...

slamat ari raye korban..huhu

ladymiss said...

goodluck! ;D

Anonymous said...

Teedgeneice Bradie James Jersey
Chris Myers Jersey
Danieal Manning Jersey
TupTrikindriz