Thursday, December 22, 2011

SWEET SOUVENIR FROM SWEET PERSON =.=

Assalamualaikum.. 

Haii .. Hujan renyai-renyai membasahi bumi UPM. Membuatkan mood untuk sambung tido meluap-luap. Kelas untuk sem ni dah abes. Tunggu final exam je sekarang.. 

Tapi sebelum aku sambung membuta kembali, aku nak share sumting. 


TADAAAAAAA ~ ~


Souvenirs from my friends. Comel kan souvenir ni?

FYI, yang key chain singa kaler biru tu from NETTO budak comel lagi suweet. Dia beli mase dia g Singapore last week. Tengs dear. Ingat gak kat akak kan. :D

Chopstick tu plak from Cik Nad. Souvenir dari jonker walk. I like it. Tq kak nad :D

Next key chain kasut dan key chain perisai from Sarawak. My kosmate, Asma yang bagi. Ole-ole dari Sarawak mase dia pegi honeymoon dulu. Syukran jazilan. Aku suke sangat! Bertambah la koleksi key chain aku..


Tengss kepada kawan-kawan yang bagi souvenir tu.. Sangat sweet macam kalian jugak.. 



Pasni kalau ade sesape nak bagi lagi souvenir kat aku, dialu-alukan. Kecil tapak tangan, padang bola UPM aku tadahkan.. Heee ~~








Tuesday, December 20, 2011

AKU , SENAH AND JOGGING ... WOAAHH !!



Assalamualaikum.. 
Selamat pagi cinta!

erkk, sape 'cinta' tu?
Ermm jap mau pikir.

............................ 
Mak, abang, kakak, family, senah, kawan-kawan.. 
follower !! Aku ade ke yang follow blog aku nih?? Huahuahua 
Tu la cinta aku. 

Special one? (bab ni yang payah nak jawab ni..)
 NO NO NO.. takde lagi! hahahaha
Yang part ni, aku serahkan kpd Allah je. 

Hoii makcik! Kau bebel ape nih? Straight to da point je la..

Heee saje je nak bagitau, hari ni aku dan kesayangan aku, Senah g jogging. Nak sihat la katakan.. Nak beli herbalife tak mampu kan. So guna cara tradisional je laa. 

ni bukan aku ngan senah oke! kitorang takde la seksi meksi camni.. hahaha
gambar ni ihsan pakcik google

Jogging! Tu yang terbaik. Umur dah makin meningkat. Badan pon dah di pam-pam. Lemak bermaharajalela. Naik tangga pon dah termengah-mengah. Sukan dah lama tinggal. Bajet badan macam Angelina Jolie walhal macam Giant sudah.. Waa Memang dah tak fit macam dolukala dah la. Sabor je la.

So, berbekalkan keazaman yang kuat, lepas subuh td aku ajak senah g jogging. Nasib baik dia nak. Kalau tak, alamat terkubur la lagi cita-cita aku. (Nampak tak aku malas nakg jogging sorang-sorang! Hampagas punya budak..)

Well, bila dah jogging, badan rase ringan je.. Peluh tak payah cakap la.. Banyak gile keluar! 
Dan yang paling best, pas jogging, otak jadi cergas. Mengantuk pon hilang. So, aku boleh la buat esaimen ! GOOD !!

Kena istiqamah ni. 

p/s: lepas jogging, melantak nasi lemak makcik jujur. Cane tu? hahahaha




** Tengs sudi bace (^___^)


Sunday, December 18, 2011

ALKISAH AKU DAN MOTOR

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni aku selesai bentang projek ilmiah tahun akhir. Perasaan lepas bentang tu memang sangat BEST! Aku rase sangat konfiden dan asyik tersenyum jer sampaikan ade my floormate tegur kenapa muka aku berseri-seri je rini. See? Aku ni kalau hepi memang tak dapat nak sembunyikan kegembiraan aku tu tapi lain pulak kalau aku sedih. Pandai jer aku cover. Saje menghepikan diri. Orang selalu nampak aku gumbira je walhal dalam hati sape tau kan =P

Sape nak tau tips camne nak cover kesedihan, boleh laa tanya aku k. Hahahaha bajet pakar la teww!

Ok, berbalik kepada cerita asal.. Hari ni aku dapat satu pengalaman yang tak boleh blah betul. Yang boleh menggetarkan jantung dan pernafasan ku. Cewaahh..

Kisahnya begini.. Hari ni kan aku ade presentation untuk FYP aku. Aku kena sesi petang. Pukul 2.30 camtu. Group aku je lambat present. Kosmate aku yang lain semua kena sesi pagi. Aku, ima, amad n yee nak je kena petang. So, aku pon keluar la g fakulti lepas zohor lebih kurang pukul 1.45 pm. Nak g awal la kunun-kununnye.. Tapi sebelum g fakulti tu, aku nak g petronas dulu. Mau isi minyak moto. Aku dengan konfidennya merempit la sorang-sorang. Nak rushing la katakan. 

Elok je tengah jalan, moto aku sentap-sentap dah. Ahh sudah ape kena la pulak ngan moto aku nih. Alamak, takkan minyak habis kot. Sekali memang moto aku benti terus. Aku bukak check, memang minyak HABISS ! Hampeh betul. Cuak mase tu memang tak dapat aku explain camne. Mana nak present japg. Dugaan datang la pulak. Abes terbang idea-idea aku. 


Nasib baik la beberapa orang kosmate aku lalu nak balik kolej. So, dorang la yang membantu aku. Hantar aku g fakulti. Mase tu jugak, aku call Kak Aza, kosmate aku untuk tolong belikan minyak. Dia datang sebagai hero membawa aku ke stesen minyak. 

Lepas tu, moto aku dapat bergerak macam biasa. Alhamdulillah, aku sempat g present. Aku sampai fakulti memang tepat-tepat pukul 2.30pm. Tercungap-cungap aku. Dan aku dapat present dengan jayanya. Penilai pulak sporting abes. 

Aku terfikir, di saat-saat aku nerves, Allah datangkan ujian untuk uji aku dan akhirnya dia datangkan nikmat dengan memudahkan perjalanan presentation aku. Syukur ya Allah.. Benar la setiap apa yang berlaku tu pasti ade hikmah. 

Moral of the story, lain kali kalau nak naik moto, check minyak dulu. Isi minyak sebelum mati. Ni tak, aku main redah naik je. Skang baru padan muka aku. HAMBEKK KAU ruby! Sabor je laa  ^__^


Wednesday, December 14, 2011

ONE SETTLED, ANOTHER 10 COMES ! AIIYOO T__T

Assalamualaikum.. 

Currently settled my FYP. Finally settle jugak kan. Baru je pas submit dekat supervisor. LEGA rasanye bila dah antar. Macam satu beban yang besar terjatuh daripada bahu ni. Sekarang just tunggu feedback daripada my supervisor je laa.. Mane tau kena betulkan lagi nanti. Harap-harap tak banyak la yang nak diedit nanti. After that, boley antar g kedai utk jilid.. hooyehh ^_~    tak sabar tunggu detik tu tiba..


FYP dah settle, so jom kita hoorayy!! hahahaha


haipp3 !!  NO ! NO ! NO !! 


Suke ati aku je kan nak nak bersukaria. Banyak lagi keja yang menunggu aku. Bertimbun-timbun lagi. cukup laa aku berpuya-puya selama nih. Sekarang masa untuk struggle. Cewaahh semangat tak?? kuikuikui


Hari Jumaat nih aku nak kena observe untuk handle sesi kaunseling individu.. Gulpp ketaqq cek!
Pastu hari yang sama jugak aku kena mengajar! Main cikgu-cikgu. Dulu kat kampung mase kecik-kecik selalu la main. Ingat bile dah besar da xmain lagi permainan tu. Rupanya kena lagi kan.. Hahahaha


Suke hati bapak tiri tok wan aku je kan cakap main cikgu-cikgu! Ce serius sket!



Actually, bukan main cikgu-cikgu laa. Aku kena mengajar untuk MICRO TEACHING. Subjek moral tingkatan 4. Tapi aku pon xsure nilai ape yang aku nak ngajar nanti. So, lets start thinking now! hihihihi

Esoknye pulak, aku kena presentation untuk seminar pembentangan projek ilmiah tahun akhir aku. Ala-ala VIVA tuh. Tapi ni versi cikai sket. BUT, cikai-cikai pon markah beb. Menentukan aku dapat grad or tak. Ermm better aku prepare betul-betul.. Kang kena kondem tak ke nganga aku. huhuhu TAKOOOTT

Pejam celik-pejam celik rupanya tinggal lagi sebulan je semester nih nak abes. HOMANGAIHH ! Cepat bebenor masa berlalu. Syok nak cuti TAPII sebelum nak cuti kena siapkan semua keje dulu.. Sebelum cuti jugak aku kena sit down untuk FINAL EXAM ! So SCARY doe.. 



Wish me luck k.. 


~~Tatatititutu~~



MEE KARI - EDISI JIMAT ! !


Assalamualaikum..

Last week aku berkesempatan buat makan-makan dengan dua tiga orang floormate.. Si Chombie sibuk nak ajak makan mee kari. Ingat aku pandai sangat ker masak-memasak nih. Setakat campak-campak tu aku reti la. Yang proper punye memang tak la kan.. kuikuikui..


Disingkatkan cerita, lepas tong-tong duit sorang sikit, maka terjadi lah mee kari budget.. Walaupon dengan perkakasan yang sikit, namun berjaya jugak jadi mee kari. Almaklum lah, duduk di hostel kan. Semua kelengkapan terhad. Apa yang ade sambar je la. 


Ni lah hasilnye.. Buat secara gotong royong.. Baru la BERKAT.. ye idokk? :p





See? Memang jimat la kan.. Janji mee kari, bukan LAKSA okay. Pestime buat sendiri. Kalau tak, kakak aku je la yang buat kalau kat rumah.. Aku? Makan je laa .. huahuahua


^_____^


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Wednesday, December 7, 2011

BEZA SUKA DAN CINTA

Assalamualaikum.. 
Hai hai hoi.. =.=

U ollz tau tak ape beza SUKA dan CINTA ? 

Bagi aku, susah nak explain dua maksud tu.. So aku nak share sikit info yang aku dapat hasil daripada pencarian aku. Takde mood nak siapkan esaimen, berbelog ada plak mood kan. Haishh ape nak jadi laa dengan aku ni.Tapi takpe, blog ni sebagai salah satu cara aku nak hilangkan ketensionan dan keserabutan aku. Aku ekspresikan melalui blog ni. 

Ni antara situasi yang jelas dapat membezakan antara kite suke or kite cinta seseorang tu. Jom layann~~


tengss encik google

Situasi 1
 Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. 
Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Situasi 2
 Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. 
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Situasi 3
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. 
Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Situasi 4
 Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. 
Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Situasi 5
 Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. 
Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.

Situasi 6

Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. 
Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.

Situasi 7
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut jua menangis. 
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.







Nampak tak beza nye? 

Aku rasa aku tak jumpa lagi orang yang aku cinta. Suka tu banyak laa.. hahaha





Tuesday, December 6, 2011

ALMOST DONE.. LAGI SIKIT!! KEMOONN LAA

Assalamualaikum..

Hai hai haii.....

I'm happy now. My FYP dah tinggal lagi sikit. Dalam erti kata lain, i dah nak siap.. Hohoho
Happy plus semangat doe. 


Tak sabar nak abeskan penderitaan nih. Azab benar rasanya.. T__T


Cepat-cepat laa kau berambus dari hidupku. Seksa amat!

Syuuuhh.. G main jejauh !



USAH BERDUKA ADUHAI WANITA


Assalamualaikum..

Actually tengah takde mood nak siapkan assignment yang masih berderet-deret mintak disettlekan.. So, masa aku tengah takde mood tu, aku pon blogwalking cari entry-entry khusus nak naikkan semangat aku. Entry yang boleh memberikan motivasi dan dorongan untuk aku jadi lebih rajin dan kuat semangat! 

Tetibe aku jumpe satu blog yang aku rasakan sangat menarik untuk aku kongsikan. Kebetulan aku baru je buat sesi dengan sorang klien aku yang mempunyai masalah dalam mencari pasangan hidup. Dia risau dirinya masih belum berpunya.. (walhal cik kaunselor dia ni pon sama jerr!! hahhaha.. Tapi aku tak counter transference ok! )

Mungkin ramai lagi wanita diluar sana yang mengalami masalah yang sama. Jum kite baca ape yang aku jumpa. Mana tau dapat mengurangkan kegusaran yang melanda diri tu :))

Semoga bermanfaat.

........................................................................................................


Suatu saat di pagi yang cerah. Angin bertiup tenang. Sinar mentari lembut menerangi alam.Tetapi sayang, itu semua tidak dapat meredam kegundahan hati sebuah epal yang berada tinggi nun di pucuk. Sejak seminggu lalu epal itu sibuk berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Padahal… kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Siapa yang melihat pasti meluap-luap seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku.



Tetapi… kenapa aku tidak dipetik orang?

Epal tersebut memandang ke bawah. Hairan, kenapa manusia lebih memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana. Bukankah mereka tidak mendapat udara yang bersih dan cahaya mentari seperti aku yang berada di puncak ini? Bukankah kawan-kawanku itu banyak yang telah rosak kerana seranggga?

Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan – rakannya yang telah banyak tersentuh dan penuh debu menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dijamah orang. Apakah kekurangan diriku?

Perasaan rendah diri mulai merasuk. Makin lama makin kuat, diselangi rasa kecewa dan bimbang. Murungnya tidak terbendung lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut memutuskan menggugurkan dirinya ke tanah. Ketika sudah berada dibawah, hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia. Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.

Epal menanti manusia beruntung itu. Sayang sekali, sehingga malam tiba, tiada seorang pun datang mengambilnya. Rasa gembira pun bertukar menjadi risau dan sedih.

Siang berganti malam, hari berganti minggu. Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk diatas tanah menjadi makanan ulat dan serangga. Membusuk dan dipijak – pijak  manusia.”

Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik, dijamah dan diambil orang. Tapi epal yang berkualiti, tidak terjangkau dan sulit dijamah orang. Susah dipetik, susah digapai. Mahkota seorang gadis adalah Keimanan dan ketakwaannya. Apabila hilang iman dan takwanya, hancurlah pesonanya. Wanita sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang lain.

Wahai wanita yang solehah  tinggi martabatnya… yang terpelihara kehormatan dan izzahnya.

Bersabarlah! Disaat tak ada yang memetik kerana ketinggianmu. Janganlah kusutkan jiwamu hingga kau rela dipetik dan dijamah oleh sesiapapun. Seperti epal yang mudah dipetik ditepi jalan. Tungulah, Allah pasti mengirimkan seseorang yang bersedia memetikmu pada ketinggian. Ketinggian yang hanya boleh dipanjat dengan tangga keimanan dan ketakwaaan seseorang.

Ya Allah… Ku tahu, betapa banyak “perhiasan dunia terindah ini” mulai gundah. Gelisah menantikan seseorang. Sepertiga abad penantian kadangkala tidak cukup mendatangkan si pemetik epal yang dinantikan. Wahai zat yang menguasai seluruh makhluk, jangan biarkan wanita-wanita mulia ini lelah di ketinggian, hingga dia menjatuhkan diri tersungkur dari kemuliaan. Teguhkan hati mereka. Selamatkan mereka.
Ya Tuhan kami, sesungguhnya mereka sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepada mereka… Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada wanita-wanita solehah jodoh dan keturunan sebagai penyenang hati.

(Ken Ahmad)


Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/wanita-itu-ibarat-epal/#ixzz1fg3obFWq


........................................................................................................


Senyum tak perlu kata apa-apa (^___^)