Wednesday, December 7, 2011

BEZA SUKA DAN CINTA

Assalamualaikum.. 
Hai hai hoi.. =.=

U ollz tau tak ape beza SUKA dan CINTA ? 

Bagi aku, susah nak explain dua maksud tu.. So aku nak share sikit info yang aku dapat hasil daripada pencarian aku. Takde mood nak siapkan esaimen, berbelog ada plak mood kan. Haishh ape nak jadi laa dengan aku ni.Tapi takpe, blog ni sebagai salah satu cara aku nak hilangkan ketensionan dan keserabutan aku. Aku ekspresikan melalui blog ni. 

Ni antara situasi yang jelas dapat membezakan antara kite suke or kite cinta seseorang tu. Jom layann~~


tengss encik google

Situasi 1
 Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. 
Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Situasi 2
 Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. 
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Situasi 3
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. 
Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Situasi 4
 Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. 
Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Situasi 5
 Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. 
Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.

Situasi 6

Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. 
Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.

Situasi 7
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut jua menangis. 
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.







Nampak tak beza nye? 

Aku rasa aku tak jumpa lagi orang yang aku cinta. Suka tu banyak laa.. hahaha





2 comments:

Lady Shana Sweet said...

the conclution is.. I LIKE & LOVE edeng!!! hahahha

ruby said...

hahaha.. i like ur conclusion. ngeng!
aku pon LIKE duit edeng! hahaha