Sunday, October 30, 2011

ERKK.. TERIMA KASIH??!!

Assalamualaikum..

" TOLONG " dan " TERIMA KASIH "

Susah sangat ke nak ucap dua perkataan tu ?? Berat sangat ke mulut sampai nak sebut pon susah?

Bukan kena BAYAR pon! 

Nak mintak tolong orang pliss laa kena la ada adab jugak.. Sama macam makan, mesti ada adab2 nak makan kan? Mula2 sebelum makan, kena duduk sopan2.. Pastu kena basuh tangan. n then baca doa makan. Baru laa boleh makan bila dah ikut adab2 semua tu. 

Makan boleh pulak ikut adab tapi bab nak mintak tolong main terjah jer.. Minta tolong bukan bermakna bagi ARAHAN. Deal dengan manusia ni ada caranya.. Harus kena gaya dan BERTEMPAT la beb. 

Dah mintak tolong orang, tak reti2 ke nak ucap terima kasih? Hadoii ade ketul emas gamaknya dalam mulut tu. Tak kena bayar laa kalau ucapkan.. Dapat pahala lagi ada lah. 


"Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, maka dia tidak berterima kasih kepada Allah."
                                                                                -Hadis riwayat Imam Tirmizi-


Nauzubillah.. Mohon dijauhkan..

Image Detail

p/s: Jaga Akhlak, Awasi Diri, Hiasi Peribadi

Renung-renungkan dan Selamat Beramal :))

Wassalam


Thursday, October 27, 2011

TEMPLATE BLOG FREE OF CHARGE!! ^_^

Assalamualaikum wbt..

BLOG BERWAJAH BARU!! YUHHUUU ^.^

Hohoho.. Oyeahh! blog aku sudah bertukar wajah.. Lebih kemas , tak serabut dan lebih penting RINGAN je blog ni.. Tak terlalu sarat dengan gadget2 yang ntahapahapantah tu... 

Cantik tak blog aku ni?? 

Heeee~~ Mesti cantik kan? Baik korang ngaku cepat! kalau tak AWAS!! (bukan lagu KRU ye :p)

.........................................................................

" Eleh.. Bajet betul laa minah ni. macam la dia sorang je ade blog.. Blog aku yang lagi supper dupper lawa pon tak bising macam ko. pigirahhh!!"

" Ni ko cakap cantik?? Buta gamaknya budak nih! Blog cam cikai ada lerr.."

.........................................................................

Ni mesti antara dialog2 yang bakal terdetik dalam hati korang or terkeluar drpd mulut korang kan.. Takpe laa, aku sedar, blog aku ni bukan gempak pon.. Hanyalah blog picisan jer.. Ikut suke laa orang nak cakap ape pon.. aku tak kesah! WHATEVER ~~

Sebenarnya aku terharu sebab my besties aku iaitu CIK SHANA a.k.a SONAH yang buatkan utk aku template blog yang baru ni.. TERHARU n TERHARU n TERHARU n TERHARU n TERGARU laa.. hehehehe
Aku sangat menghargai hasil kerja ko sonah :P:P

alamakk.. besar gedabak hidung aku.. aiyyookk
HUDUH! sila abaikan..


Petang tadi mase aku khusyuk bace novel dalam bilik dia, dia mintak aku punye password blog.. Nak buat template baru utk aku katanya.. Maka, aku bagai orang mengantuk disorongkan bantal laa terus bagi password aku kat dia.. Memang dah lama cadang2 nak tukar wajah blog. Tapi aku ni bukannye reti sangat.. Kang tukar sana sini tak pasal2 blog aku bertambah huduh.. Better aku biar je cam dulu.. buruk pon buruk laa :))

Kalau korang nak tau, Sonah ni dia rajin tau.. n dia memang sangat suka tolong orang.. Dia buatkan template baru utk aku ni pon free of charge je.. So, kalau korang nak suruh dia design blog korang, sile2 lah suruh dia.. kompem dia tak tolak punyer.. Dia kreatif kot!! hahaha .. So, cepat kalau ade yang berminat tu, pm dia segera k.. (abes laa ko sonah.. aku tolong wat publisiti utk ko dah.. hihihi)



me wif sonah

Ok laa,, mau tidoww sudah.. Daaaaa

Wassalam..

p/s : terharu sebab sonah siap buat entry khas utk aku lg.. klik SINI utk bace ye! TQ sayang =D


Saturday, October 22, 2011

TIME 4 BLOGWALKING.. AYUH TERJAH SIAPA YANG KENA =))

KAKAK SUDAH.. AKU BILA LAGI?? T.T

Assalamualaikum wbt...

rajin plak kan aku update blog an?? an? an? an? hahahaha.. 

well, skang ni tengah cuti pertengahan semester. orang lain semua dah balik kg masing2 tapi aku dan beberapa orang kawan still tercangak dekat kolej.. kalau sem lepas2, aku jarang balik jugak sebab aku involve dengan aktiviti kolej n universiti.. TAPI kali ni lain sket laa.. aku stay kat sini bukan lagi atas alasan aktif join aktiviti kolej tapi disebabkan oleh academic purpose.. haaa bagus kan aku?? ^_^

cuti ni aku terpaksa ambil keputusan utk tak balik kampung sebabnya aku nak siapkan aku punya final year project. project yang langsung aku tak sentuh2 lepas aku collect data time cuti ritu. masa nak submit pon semakin hampir dan aku dengan terpaksanya kena laa buat jugak walaupon aku tak bape nak suka. ye laa, nak kena key in semua data2 yang aku dapat ritu. mau bikin fenin mataku tengok angka2 tu semua. tu baru bab nak key in, tak masuk lagi nak analisis data2 tu..uuwaa menangis aku!  

spss tak install lagi!! camna mau key in kalau software pon takdop lagi.. aiiyakkk

owhh nampaknya aku sudah lari dari topik asal.. aku nak buat entry pasal kakak aku kawen ritu.. tarikh kakak aku akad nikah 7hb November 2011 dan kenduri kawennya adalah hari yang berikutnya iaitu 8hb November 2011. pihak lelaki pon buat kenduri hari yang sama.. memang agak rushing gak laa perjalanan majlis sebab majlis serentak kan.. tapi Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.. dorang pon dah sah jadi suami isteri dah pon. =))


walaupon aku agak sedih bila kakak aku yang sorang ni kawen, namun terselit juga gembira sebab aku tengok akak aku tu hepi je masa wedding dia.. almaklumlahh pilihan hati sendiri. aku gembira bila tengok akak aku bahagia. aku sedih sebab pas ni dah tak boley sharing2 n gedik2 ngan dia lagi. dah jadi bini orang so dia kena la behave sket! haahhaha
part yang gembiranya plak .... kakak aku dah kawen.. so, pasni turn aku plak! hahahahaaha (cehh gedikkknya aku :p) oke, sila abaikan sifat aku yang satu tu.


to my beloved sis, congratulation kak! semoga jadi isteri yang mampu memberikan ketenangan dan kesenangan kepada suami dunia dan akhirat..

to my new abg ipar, pliss take care my sis elok2 tau. kalau dia buat salah, betulkan dia.. kalau dia marah, redakan kemarahannya.. 

KERANA 

hakikat perempuan  adalah manusia yang selembut lembut manusia.
tuhan jadikan perempuan dengan hati yang lembut dan tulus.
walau sekeras mana pun dia, 
walau segarang mana pun dia, 
walau sekental mana pun kau lihat dia, 
air matanya akan jatuh bila dia merasa terluka.
perempuan
dijadikan tuhan untuk dilindungi dan dikasihi
dijadikan tuhan untuk dibelai dan diberi perhatian
sekental mana pun dia
sekeras mana pun hati dia
gugur juga air mata bila dirinya dibentak bentak
terguris juga hatinya jika tak dipeduli di kala dia perlu
perempuan
salahnya dia perlu dipandu
kejadiannya bukan lurus malah bengkok dan keras
itu fitrah
fitrah kejadian manusia yang tertulis sejak azali lagi
didik dia dengan hemah
kasihi dia selayaknya

sesungguhnya dia tidak dicipta dari tapak kaki untuk dijadikan alas, tidak juga dari kepala untuk disanjung, tetapi dari rusuk kiri, dekat dengan tangan untuk dilindungi, hampir dengan hati untuk disayangi.

(^_*)

heeeee~~~

banyak pulak aku punya pot pet kan.. layann je laa..
bukan selalu aku nak wat ayat tacing2 kat akak aku ni.. 
ni pes time aku bg ayat2 cmni kat abg ipaw aku.. peace ye bang! =D 






semoga berbahagia hingga ke syurga .. 

wasalam

andai itu takdirnya =.=

Thursday, October 20, 2011

congratulations sayang ^_^

Assalamualaikum wbt...

lama sudah aku meminggirkan belogku ini.. keterbatasan masa membuatkan aku tak sempat langsung menjengah serta membelai2 kesayangan aku yang satu ni. sedar tak sedar, rupa2nya aku dah final year dah. tinggal lagi 2 semester untuk aku lalui sebelum aku bergraduat. kalau dulu, rasa seronok je bila semakin naik sem. ye laa, dah tak lama nak abes. tapi sekarang dah lain. aku makin tertekan dan pusing sebab nak grad bukannya mudah. rupanya sem akhir lagi memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi serta jitu. subjek yang perlu aku ambil makin lama makin tough. masa yang perlu aku korbankan memang banyak dan sangat menyakitkan. walaupon nmpk je bilangan subjek yang aku ambil sem ni macam siket compare to sem2 lain tapi hakikatnya sem ni lagi bizi kot! mana nak siapkan final year projek lagi. praktikum kaunseling lagi tak jalan2. esaimen2 lain bertimbun2 lagi. heh jiwa kacau betul laa..

tension memang tension tapi aku bersyukur sebab ambik kaunseling ni. sekurang2nya aku dapat gunakan ilmu yang selama ni aku pelajari untuk aku implement kan dekat diri aku sendiri. ye la kan, kaunselor pon manusia biasa jugak. ada kalanya emosi tak stabil, semangat pun kadang2 luntur jugak.. alhamdulillah, bila aku rasa down dengan segala bagai yang mendesak tu, aku ada kawan2 yang sangat supportive.. pensyarah2 yang selalu menyuntik semangat untuk terus berjuang, rumate yang memahami. keluarga yang sentiasa merestui aku serta mendoakan kejayaan aku. segala2nya memang lengkap bagiku. terima kasih ya Allah sebab Kau berikan aku nikmat yang selama ini kadang2 aku tak hargainya. sesungguhnya aku hambaMu yang sangat2 daif dan penuh dengan kekurangan. 

sekarang musim orang convo. rasa bersemangat bila aku tengok senior2 dan kawan2 aku yang dah convo. nampak sweet je dorang bila pakai jubah convo tu. bila aku tengok dorang convo, semangat aku makin naik. aku sematkan dalam diri ni "satu hari nanti aku akan pakai jugak jubah tu!" 
aku nak buktikan kepada semua orang bahawa aku mampu mengubah nasib hidupku dan keluarga aku. 

seronok bila tengok mak dan ayah kawan2 datang meraikan kejayaan anak2 mereka. jelas di riak muka masing2 bangga dengan pencapaian anak mereka. aku pon nak mcm tu jugak. nak buat mak dan abang serta keluarga gembira. dah terbayang di mata ni suatu hari nanti mesti dorang pon eksaited camtu jugak. walaupon aku sedikit cemburu bila tengok ayah2 kwn2 aku datang peluk cium dorang semua, namun aku sedar bahawa ayah aku pon mesti bangga bila kelak nanti aku juga akan berjaya macam dorang jugak. 

adoii tertacing la pulak.. oke2, sebenarnya aku buat entry ni sebab mau ucapkan sekalung tahniah kepada my sayang2 yang dah grad baru2 ni. even dah ucapkan sendiri kat dorang, tapi still nak ucapkan dalam blog ni. 

me wif cik reen a.k.a cemerkapkap :P
sori sayang sebab tak g mase u convo.. tapi im glad sebab dapat jumpa gak dgn u time kak wa convo.


kak momon.. tahniah kak! sebut nama luby bg betul2 tau.. balik lumah plaktis cakap bagi betul2.. next time kita jumpa luby nak dengar kak momon sebut dengan betul k :P


aku yang perasan cam konvo gak..  :P:P

>.<


♥ both of u! 





kak wa! ♥ u.. :D
cikgu ni.. jgn memain



next year.. insyaAllah me n anis plak convo! yeaayyyy!!
kak wa n reen dun forget datang ye! :))

ok dah .. jum tido! 
wasalam