Thursday, April 26, 2018

Terlupa Kewujudan Dikau

Assalamualaikum wbkh...

Last posted Mei 2015. Genap tiga tahun aku tak buka blog ni. Kekangan dan komitmen terhadap tugas hakiki membuatkan aku tak sempat dan akhirnya terlupa untuk menjengah dan update blog ni. 

Hari ini dek kerana aku cari info upcoming trip aku untuk hujung tahun nanti membuatkan aku teringat kembali dengan kewujudan blog ni. Maka, disinilah aku kembali menaip. 

Banyak perkara dan moment-moment yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tiga tahun aku tak aktif ber blogging ni. Hobi blogging ni pon saja-saja je dulu untuk isi masa lapang zaman belajar di universiti. 

Tiga tahun yang banyak suka dan duka. Aku akan cuba untuk kembali menulis. Walaupon follower aku sendu. Niat menulis ni pon sebab aku nak abadikan kenangan-kenangan dan perkara-perkara yang berlaku di sepanjang perjalanan hidup aku. Boleh la aku jadikan bahan untuk aku kenang bila dah tua kelak. Jika dipanjangkan umur. In sha Allah.

Ada antara kawan-kawan aku bertanya kenapa aku tak share tentang trip-trip backpacking aku selama ni. Aku malas nak berkongsi sebenarnya. Iyalah, pengalaman tak seberapa kan. Tapi bila difikir-fikir balik, macam rugi pula kalau aku tak tulis di sini. Kalau tak jadi rujukan untuk orang lain sekalipun, biarlah jadi rujukan aku untuk masa-masa akan datang. 

Harapnya aku diberi kekuatan dan KERAJINAN untuk aku kembali menaip. 
Doakan ya!

Assalamualaikum..

xoxo

1 comment:

Nurul Marikan said...

Yela.. Aku doakan la.. Hihi