Friday, April 24, 2015

SELAMAT TINGGAL MATU, DARO


Bismillahirrahmanirrahim..

Saat aku menulis ini, hatiku dalam keadaan rawan. Sebabnya?
Oh lupa pula nak bagitau tujuan sebenar aku datang ke daro ni adalah sebagai guru pengiring pasukan pantun sekolah menengah peringkat negeri sarawak. Pasukan pantun sekolah aku terpilih mewakili negeri untuk bahagian kapit. Aku ditugaskan jadi guru pengiring kepada 5 puteri smk song. Cikgu 3 orang termasuk aku. Sorang pengurus pasukan a.k.a juruletih, sorang lagi sebagai hakim.

Kenapa hatiku rawan? Sebabnya pasukan smk song (kapit) dah kalah di tangan smk saratok (betong) di peringkat separuh akhir. Pasukan kami mendapat tempat ketiga peringkat negeri. Kira ok la kan dapat tempat ketiga. Peringkat negeri tu woi! Tapi tak bermaksud tak bersyukur dengan pencapaian pasukan kami. Tapi ada sesuatu yang diralatkan.  Bukanlah aku berduka disebabkan tidak dapat ke final. Ada sesuatu yang aku rasakan tak kena sepanjang perlawanan tu. Dari awal lagi sebenarnya.

Kenapa? Korang nilai la sendiri dengan post kawan aku merangkap juruletih pasukan kami.



So apa pendapat korang? Hermmm

 persis puteri kayangan kan? 

Apapon, aku berbangga dengan prestasi dan komitmen puteri2 smk song ini.
Tahniah. Korang tetap menang dihati cikgu dan dihati penonton. Mungkin pentas ini bukan tahap kamu. Pasukan lain gentar untuk berhadapan dengan kamu. Kehadiran kamu memberi impak yang besar hingga disebut2 dalam kalangan hakim dan pasukan lain. Buktinya, ramai yang  datang menyaksikan perlawanan separuh akhir semalam. U go girls!


Last2 kami ambil keputusan untuk balik awal. Patutnya kena tunggu petang ni untuk majlis penutup yang dibuat di smk matu, daro untuk ambil hadiah tempat ketiga. Tapi kesedihan dihati membuatkan kami nekad sahaja untuk pulang. Biarlah kami bawa duka di hati ni. Tak jejak kaki ke matu pon sebenarnya. Hahaha

Makanya, pukul 5.30 pagi tadi dah checkout dari hotel dan terus jalan ke wharf untuk naik bot ekspres paling awal jam 6.00 pagi untuk ke sibu.



Haa nampak dak suasana gelap gelita lagi. Semangat budak2 nak balik dan nak enjoy di sibu katanya! Cikgu pon dah takzabar nak tinggalkan daro ni.

Demikianlah pengakhiran memori di daerah daro bahagian mukah negeri sarawak.

Kalau ada sumur di ladang,
boleh hamba menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
moga kita ketemu lagi.


P/s : sekarang aku tengah bersuka ria berlibur di sibu. Hohohoho
Kejap lagi plan nak g tengok muvie avengers: age of ultron. tengok review fans marvels cam best jer. kbai


No comments: