Wednesday, April 22, 2015

TUGAS RASMI DI DARO, SARAWAK ~PART 1~

Bismillahirrahmanirrahim..

Masa yang lapang ni baik manfaatkan utk update blog. Lagipon dah lama tinggal blog ni bersawang dan sunyi. Actually dah lupa dengan kewujudan blog ni. Serius wei memang dah tak ingat mebi disebabkan kekangan masa dan perubahan dalam hidup. Ye la dah move on ke fasa seterusnya. Kalau dulu student life, skrg dah beralih ke fasa pekerjaan kann. Hihi wanita bekerjaya gitu. Hahaha


bila baca balik entry2 yang lama2 tu, terbuai dgn kenangan2 lama. Rasa manis sangat kenangan tu walaupon time tulis tu kenangan pahit. Makanya aku bertekad untuk mula menulis kembali di sini. Sekurang2nya dapat abadikan kenangan tu utk tatapan masa depan. Giteww. Tapi sejauh mana aktif update entry tak dapat dipastikan lagi lah. Tengok masa-masa senggang baru la boleh berkarya. ^_^

Berbalik kepada tajuk asal, aku sekarang ni dekat daro. Satu daerah kecil di negeri sarawak. Nak tau lebih lanjut baca maklumat kt bawah ni ha.

Daro ialah sebuah daerah dan pekan diBahagian MukahSarawak, Malaysia. Majoriti penduduk Daro yang berjumlah sekitar 25,000 orang terdiri daripada kaum Melanau.
Mengikut ceritanya nama Daro berasal dari "Dao Aro" yang bermaksud "Bagus Ke" menjadi singkatan Daro. Kini pekan Daro pesat membangun dengan terbinanya pasar-pasar baru dan beberapa buah hotel. Daro terdiri daripada beberapa buah kampung seperti kampung Saai, kampung Penipah, kampung Bruit dan kampung Nangar. Bumi Daro yang luas membahagikan Daro kepada dua bahagian utama iaitu di bahagian tanah besar dan bahagian pulau yang dikenali sebagai Pulau Bruit. Kini Daro begitu pesat membangun dengan infrastruktur yang begitu mendadak pertumbuhannya. Pekerjaan utama penduduk di Daro ialah pertanian dan nelayan.
Penduduk Daro dikenali dengan sikap ramah mesra, bersopan, serta mengekalkan budaya hidup sekampung yang membawa maksud hidup sepakat. Di jeti Daro, replika ikan terubuk melambangkan ikan yang popular di Daro. Daro juga mempunyai sebuah sekolah yang unik di Malaysia yang mana SK Campuran Daro mempunyai dua aliran pelajar iaitu aliran Bahasa Melayu dan aliran Bahasa Cina tetapi di bawah satu bumbung sekolah dan di bawah satu pentadbiran. [Sumber : wikipedia]

Ha, menarik kan pekan daro ni? Nak sampai ke daro ni ada dua cara. Satu, melalui jalan darat. Route dia aku tak sure la pulak. Korang gugel lah sebab aku malas nak cari info tu. Tau sket2 tapi nak share kat sini kang ade yg tak betul lak info aku bg nanti. Yang pasti kalau guna jalan darat ambik masa 4 jam camtu untuk sampai kalau dari sibu. Itu pon bergantung kepada masa feri yang akan korang guna nanti. Untuk pengetahuan korang, kalau guna jalan darat, korang kena naik feri untuk merentas dua sungai. Satu sungai kecik je dan satu lagi sungai tu besar wei. So kena pandai2 bajet timing lah untuk sama dengan feri tu. Kalau tak, masak la jugak korang nak menunggu feri tu. 

Ok, cara kedua adalah menggunakan bot ekspres dari sibu terus sampai ke daro. Masa perjalanan 2 jam je. Tambang bot ekspres plak RM 20 je untuk satu hala. Kiranya dok dalam bot ekspres 2 jam and korang akan terus sampai ke pekan daro tu. 

Setelah ditimbang tara kedua2 alternatif jalan tu, aku prefer untuk naik bot disebabkan masa dan kos perjalanan yg lagi singkat. Terus sampai tak payah tunggu2 feri lagi.


 Bot ekspres dia kecik sikit berbanding  bot ekspres yang aku selalu naik untuk masuk ke song. 

Aku naik bot dari sibu pukul 11.30 a.m. Sampai daro tepat jam 1.30 ptg. Cun2 2 jam dalam bot ekspres. 

Sampai je daro, terus check in hotel. Eng Soon Lee Hotel. So far ok la hotel ni. Selesa dan murah. Yang penting dekat dengan wharf. Depan waterfront daro je. Ko jalan kaki  pun tak sempat berpeluh, tengok2  dah sampai hotel tu. 

Kata owner hotel ni, hotel ni paling tinggi bangunan dia di pekan daro ni. haha aku iye kan jelah. 

Pekan daro ni kecik je sebenarnya. Walaupon kecil, aku rasa kemudahan asas semua lengkap. Ade kedai runcit, bank, kedai makan, kedai motor/kereta dll. Mencukupi ler kiranya. 

Tapi satu je yang takbest. Rata2 kedai kat sini pukul 6 ptg dah tutup. So sunyi sepi ler. Kalau lapar malam2 jangan risau sebab ada open air yang dibuka sebelah malam. Tak jauh dari pasar jugak la. Dan makanan halal kat sini mudah je dapat sebab majoriti penduduk di sini beragama Islam. Bab makanan takde masalah. Kira ok la kan. 

Ok penat dah bebel, layan gamba lah ye. Serba sikit panorama di sekitar pekan daro ni. Zasss

 Wharf daro





camne, meriah ke idok pekan daro ni? 

ok lah, sambung lagi nanti. 
adioz!

No comments: