Monday, April 27, 2015

AVENGERS : AGE OF ULTRON WITH BFF


Assalamualaikum...

Last weekend aku jumpa sorang makcik yang dah agak lama aku tak jumpa. Plan untuk jumpa sebenarnya. Kebetulan aku lepas balik dari bawak pelajar untuk pesta pantun, so aku stay di sibu 2 malam. Hari Jumaat bertolak dari Daro dan sampai je sibu terus check in hotel. Kitorang stay dekat Plaza Inn disebabkan dekat dengan wisma sanyan. Nanti nak shopping senang sikit. Hehehe

Sebelum aku cerita pasal makcik tu, aku nak selit sket cerita aku dengan budak2 pantun tu. Kan dah kalah, masa di sibu lah time untuk dorang enjoy merawat kelukaan hati memasing. Dipendekkan cerita dorang cakap nak tengok muvie. Nak tengok cerita Furious7 katanyer. Aku cakap cerita tu best la sebab aku dah tengok via online. Cari kat internet je beb. Tak menyempat nak tunggu keluar sibu dah bile tengok review furious7 tu aku terus search kat internet. Terjumpa la pulak. Rezeki la kan. hahah



Time nak membeli tiket tu, ade 2 pilihan, satu furious7 and another one lagi avengers. Avengers baru release 3 hari so, memang menarik perhatian la untuk ditonton memandangkan siri lepas pon superb. Kali ni pon aku agak mesti lagi superb!. Last2 lepas tanya budak2 tu, dorang cakap nak tengok furious7. Herrmmm apa boleh buat, mengalah la wei. Tengok lah sekali lagi furious7 tu. Even tengok kali kedua pon, aku masih sedih dengan part last ceta tu. Meruntun hati betol dengan perhubungan kekeluargaan dorang. I will miss u Paul. Huhuh sedih sobss sobss sobssss

Keesokan harinya, dorang dah checkout sebab dah nak masuk song. Aku decide stay lagi kat sibu untuk tunggu ngedate dengan makcik senah. Lebih kurang pukul 10 pagi camtu, sampai la cik senah ambil aku di hotel. Pegi makan dulu pastu terus shoot beli tiket untuk misi Avengers yang tertundaa hajat semalam. Yeaayyy aku suka! Dapat jugak tengok ceta tu walaupon nak beli tiket tu kena beratur panjang. Ramai la pulak orang almaklum la ceta panas2 lagi kan.



gigih aku ambik gamba dalam gelap. semata2 nak show off anak sedara aku. kuangkuangkuang


gambar mase study di upm. muda remaja giteww


after 2 years keje. makin muda jelita kann?? hahaha


Overall avengers kali ni memang superb! Tak sia-sia aku keluarkan duit untuk tengok ceta ni. Best baqhang! Kekdahnya lepas balik dari tengok avengers tu, terus aku tengok balik avengers 2012 n semua series Iron Man. Tony Stark punya pasai lah ni. hahaha

So, korang ape tunggu lagi, cepat la g tengok avengers terbaru ni. Aku bagi 5 bintang!!

kbai


2 comments:

Lady Shana Sweet said...

Lor.. masih update belog rupanya... hahahhaha kenai sangat ngn makcik tu. dgr citer makcik tu makin lawa siott

ruby said...

hahahaha jemmm sempat pulak ko bace kan